Saturday, February 12, 2011

KONSEP TAMADUN


DEFINISI TAMADUN

  • Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu dari perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.
  • Perkataan daripada bahasa Inggeris pula ialah civilization yang berasal daripada perkataan civitas yang boleh diertikan sebagai peradaban.
  • Menurut sejarawan islam, tamadun diistilah sebagai
    • Umran
    • Hadarah
    • Madaniyyah
    • Tamadun
  • Daripada kalangan orang barat, Clive Bell telah mendefinisikan tamadun sebagai suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur.

Tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sopan santun…

( Tengku Iskandar – Kamus Dewan)


KONSEP TAMADUN

Konsep tamadun merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan sesebuah masyarakan agar dapat menguasai berbagai-bagai bidang kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan seni bina.

Konsep tamadun barat : mementingkan pembangunan lahirian iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun barat menolak tentang kemajuan rohaniah.

Konsep tamadun Islam : tamadun islam tidak hanya terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi asperk akidah dan moral.


RI – CIRI PEMBENTUKAN TAMADUN

1. Petempatan kekal

  • Corak hidup yang lebih sistematik
  • Kawasan yang dipilih sesuai untuk menampung bekalan makanan.
  • Wujud kemudahan dalam bidang pertanian

Cth : cangkul dan teknologi pengairan yang baik.

  • Hasil inovasi telah menambah pengeluaran dan menampun pertambahan jumlah penduduk.

2. Kehidupan berorganisasi

Meneraju pemerintahan yang diketuai oleh raja


Mengetuai hal ehwal & upacara keagamaan, kekeluargaan dan kesenian.


Menjadi tunjang kepada ekonomi terutama dalam bidang pertanian dan perdagangan.


Kehidupan hamba bergantung kepada lapisan diatasnya


3. Sistem pemerintahan

  • Seorang pemimpin atau raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya wakil Tuhan.
  • Kewujudan sistem ini telah melahirkan sistem perundangan yang menjadi panduan untuk menjaga keamanan dan kemakmuran.

4. Pengkhususan kerja
  • Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut.
  • Pengkhususan ini kemudian bertukar menjadi barang atau sistem barter.

5. Agama dan kepercayaan

§ Agama dak kepercayaaan memainkan peranan dalam perkembangan tamadun

§ Ianya berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial, perkembangan pengetahuan, dan kesenian.

§ Kepercayaan awal adalah dengan mengamalkan kepercayaan animisme sebelum bertukar menjadi agama secara evolusi.

§ Seterusnya dikenali sebagai politiesme iaitu menyembah lebih daripada satu Tuhan.


DEFINISI TAMADUN ISLAM

Para ilmuan telah menggunakan pelbagai istilah tamadun seperti 'umran', hadharah,madaniah dan tamadun. Ianya ditafsirkan mengikut persepsi para sarjana.


'umran Þ Bermaksud kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur.


hadharah Þ Bermaksud suatu wilayah yang mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran islam di kalangan mereka.


maddaniyyah Þ Istilah ini dikemukakan oleh Farid Wajdi, seorang sarjana pada abad ke 20 yang mengatakan bahawa madaniah ialah satu peringkat dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan, dan penyusunan Bandar dan infrastruktur.

tamadun Þ Berasal dari kata "maddana" yang beerti membina sesuatu Bandar atau kota yang mempunyai peradaban. Tamadun boleh dieertikan kepada keadaan hidup seseorang dan masyarakat yang bertambah maju kehadapan.


Dengan demikian, dapatlah diringkaskan bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan seseorang atau masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Manakala tamadun islam ialah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan berdasarkan al Quran dan k Sunnah untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat.


PRINSIP TAMADUN DAN PERADABAN

Tamadun islam mempunyai tiga asas utama iaitu keteguhan akidah, merialisasikan syariah dan pembentukan akhlak mulia.

1. keteguhan akidah

- keteguhan akidah mampu melahirkan individu yang memiliki ketaatan padu terhadap pencipta daan mempunyai hubungan baik dengan sesama insan serta memiliki sifat-sifat yang terpuji.

2. merialisasikan syariah

- merialisasikan syariah atau melaksanakan undang-undang Allah ialah melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung dalam al Quran dan al Hadisdalam segala aspek kehidupan.

- Syariah adalah asas perudangan islam yang bersifat tetap dan mutlak.

3. pembentukan akhlak mulia

- akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan Negara. Setiap individu wajib membina dirinya berbudi pekerti luhur, seterusnya berusaha pula membina akhlak masyarakat dengan memberi contoh teladaan yang baik.

4. keselamatan akal fikiran

- manusia dituntut supaya menjaga kesihatan akal dan meningkatkan keupayaannya, supaaya mampu menghasilkan buah fikiran yanga bernas untuk mencapai kecemerlangan tamadun.

5. keselamatan maruah

- islam mengambil berat factor kesahihan dan kesucian keturunan, keraqna keturunan merupakan aset penting bagi menjana dan mengekalkan kelangsungan tamadun.

6. keselamatan nyawa

- nyawa setiap individu dilindungi oleh undang-undang. Membunuh manusia merupakan perbuatan keji yang boleh menimbulkan pergaduhan dan menghancurkan nilai kemanusiaan. Justeru itu, islam melarang pembunuhan kecuali pembunuhan yang dibenarkan iaitu untuk mempertahankan kehormatan diri, harta dan agama.

7. keselamatan harta benda

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

  1. Al Qur'an

- Kandungan al Quran sesuai diguna pakai oleh semua bangsa, bila-bila masa dan dimana sahaja berada. Kaandungan kitab suci ini lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia. Ia mampu membawa umat manusia kea rah kebenaran, kemuliaan, dan kebahagian di dunia dan akhirat.

  1. Al Sunnah / Al Hadis

- Al Hadis / Al Sunnah adalah sumber hokum syarak yang kedua selepas al Quran. Ia berperanan untuk menjelaskan ayat-ayat al Quran yang mujmal (kurang jelas), mengkhususkan ayat-ayat umum dan mengeluarkan hokum yang tidak disebut secara spesifik dalam Al Quran.

  1. Ijmak 'ulamak dan Ijtihad.
  2. Al Qias

  3. Akal pemikiran manusia

- pemikiran adalah merujuk kepada kemampuan akal untuk mencetus dan menghasilkan idea-idea yang bernas tentang sesuatu perkara yang mendatangkan faedah kepada manusia dan kemanussiaan. Dalam hal ini, pemikiran seseorang hendaklan didasari ketauhidan kepada Allah swt.

Pengalaman

- pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman baik akan menjadi adat dan norma suatu masyarakat dan bangsa.


1 comment: