Friday, August 3, 2012

don't give up!

PSV 3113 - sem 7


MINGGU 3

TOPIK 7 :
Penyelidikan Tindakan : Kaedah Pengumpulan Data
·         Pemerhatian : Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·         Data berbentuk dokumen
·         Temubual : temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur

KULIAH
Penyelidikan Tindakan : Kaedah pengumpulan data melalui :
·         Pemerhatian : Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·         Data berbentuk dokumen
·         Temubual : temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur

TUTORIAL
Dalam kumpulan, bincangkan dan rancangkan bagaimana anda akan :
a)    Memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
b)    Mengumpul maklumat dokumen yang ada di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu
c)    Menebual murid untuk mendapatkan maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu

ISL
Persediaan Tutorial :
Mencari maklumat tentang pelbagai kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temubual, soal selidik, dan seterusnya 
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio



 TUTORIAL

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar pula, pendidik haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Pencerapan kelas diertikan sebagai melihat dan memerhati secara teliti terhadap perkara yang dilihat ( Dr. Ibrahim Bafadal, 1992). Pencerapan kelas adalah teknik yang digunakan oleh supervisor terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
Tujuannya adalah untuk memperoleh maklumat data seobjektif mungkin mengenai aspek-aspek dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam usaha memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan matapelajaran ini bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya.
Secara umum. Aspek-aspek yang diamati dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

1. Usaha-usaha dan aktiviti guru-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Cara penggunaan alat bantu mengajar
3. Reaksi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
4. Keadaan alat bantu mengajar yang digunakan

Dalam pelaksanaan pemerhatian kelas, ianya melalui beberapa tahap peringkat, iaitu,

1. Persiapan pencerapan kelas
2. Pelaksanaan pencerapan kelas
3. Penutupan pelaksanaan pencerapan kelas
4. Penilaian hasil pencerapan
5. Tindakan lanjut

Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajarandan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar melibatkan guru matapelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalahyang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari temubual yangdijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan. Item-item senarai semak adalah berbezaantara setiap pakar.

Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :-
i. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang.
ii. bahan bantu mengajar yang digunakan.
iii. tugasan yang diberikan kepada pelajar.
iv. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar.
v. pemantauan projek pelajar.
vi. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.
vii. motivasi di kalangan pelajar berkenaan.


PENCERAPAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN ANALISA DATA
Menurut Glickman (1998) terdapat dua cara pencerapan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pencerapan kuantitatif adalah kaedah mengukur perilaku , gelagat dan objek dalam kelas. Kategori klasifikasi perlu dikenal pasti terlebih dahulu dan boleh dianalisis berdasarkan statistik yang dikumpul.

PENCERAPAN KUANTITATIF
Instrumen-instrumen kuantitatif terdiri daripada,
Categorical Frequency Instrument
Categorical Frequency Instrument adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti perilaku dan gelagat yang boleh dikira. Keadaan yang berlaku dalam kelas boleh dikira dari pelbagai aspek dan keadaan. Sebagai contoh, perilaku guru dalam kelas boleh dibahagikan kepada lisan dan bukan lisan. Perilaku lisan boleh dipecahkan kepada maklumat yang diberikan oleh guru, pertanyaan guru, jawapan, pujian dan arahan yang diberi.
Di samping itu, ianya juga boleh mengukur kekerapan pertanyaan guru berdasarkan beberapa tahap jenis soalan. Soalan boleh dipecahkan kepada tujuh kategori sebagaimana Taksonomi Bloom. Supervisor boleh mengira jumlah dan peratus soalan mengikut jenis-jenis soalan dikategorikan.
Perilaku setiap pelajar dalam kelas juga boleh diukur. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama 40 minit, 8 sela perilaku pelajar boleh dilihat. Gelagat setiap pelajar dilihat setiap 5 minit berdasarkan sela yang telah ditetapkan. Dengan kaedah ini, supervisor boleh melihat secara spesifik setiap perilaku task (pelajar) yang ada dalam satu kelas.
Performance Indicator Instruments
Performance indicator instruments merekod sama ada tindakan yang tersenarai dalam borang pencerapan direkod ataupun tidak. Dalam borang pencerapan juga terdapat ruangan not applicable (NA). Terdapat juga ruangan catatan/komen yang membolehkan penyelia mencatat perkara-perkara penting.
Visual Diagraming
Visual diagraming adalah satu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang berlaku di dalam kelas. Videotaping adalah salah satu cara yang digunakan untuk menunjukkan apa sebenarnya yang telah berlaku dalam satu kelas.
Cara lain seperti interaksi lisan antara guru dengan pelajar serta bagaimana guru menggunakan ruang kelas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Supervisor akan melakarkan interaksi berkenaan dan boleh melihatnya dan menganalisis kejadian yang berlaku.



ISL
Persediaan Tutorial :




Friday, May 18, 2012

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU - kemahiran mendengar....

Sebelum guru ditugaskan mengajar di sekolah-sekolah, mereka perlu mendapatkan latihan yang mencukupi sebagai persediaan agar dapat mengatasi segala permasalahan yang timbul semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping, membantu dalam mencapai objektif P&P yang diharapkan. Kaedah, pendekatan dan teknik merupakan antara faktor yang terpenting dalam ilmu pendidikan khususnya bidang bahasa. Kaedah ditakrifkan sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh bertujuan untuk mengajar sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak bercanggah dengan pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan harus diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan (Mangantar Simanjuntak, 1982:72)
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.  
Menurut Currie (1973), menyatakan :
            ‘ Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is realised in actual class lessons.’


1. Kemahiran Mendengar







Dalam konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti perolehan mesej atau maklumat Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).

 Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.

Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang  60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya murid dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.

Takrif Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama seperti:

b – d (badang - padang)
d – t (datang - tatang)
l – r (lali - lari)
k – g (kalah - galah)

Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.


Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut:

a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta danbudaya bahasa                           yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.
b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama, mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.





Matlamat Kemahiran Mendengar

Murid-murid didedahkan dengan kemahiran mendengar di sekolah adalah untuk membantu murid mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat, dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan seharian, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi social, untuk mendapat hiburan, memperoleh maklumat serta penyataan perasaan dan apresiasi seni.
Justeru, melalui keMahiran mendengar ini, murid-murid didedahkan dengan memperoleh idea, mencari isi-isi penting, mengenalpasti makna tersirat dan sebagainya.


Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar


Terdapat tiga peringkat dalam  kemahiran mendengar.  Pada peringkat awal kemahiran mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh muridnya menggayakan gaya seekor itik, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor itik mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Murid-murid juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.

 Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. murid juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu murid tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta dapat mengetahui cara-cara untuk menghayati sambutan perayaan atau peristiwa seperti yang diberitahu oleh guru. Pada peringkat ini juga, murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat.  

Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini, murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Selain daripada itu, murid  akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

Justeru, sesorang guru yang ingin merancang sebuah bentuk pengajaran dalam kemahiran mendengar haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang telah digariskan dengan tujuan untuk menyampaikan sebuah engajaran yang lebih efektif. Antara prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar adalah :

a)    Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati
b)    Proses mendengar berlaku melalui latihan scara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
c)    Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
d)    Aspek fizikal, psikologi dan nerologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang
e)    Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan
f)     Mendengar berlaku melalui proses akal dan bukannya  perasaan
g)    Mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu
h)    Mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik
i)      Mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.

Faktor – faktor yang mempengaruhi Kemahiran Mendengar

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun yang demikian, bentuk-bentuk kemahiran mendengar ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Seseorang itu dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Biasanya murid yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar adalah faktor fizikal.  Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

Faktor yang seterusnya adalah jantina. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan mereka.
                       
Yang ketiga adalah status ekonomi. Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah, pengaruh ahli keluarga serta interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Faktor lain juga termasuklah  gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu.
           
Yang terakhir adalah mental. Kemahiran mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.  


Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan diingat membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat bertepatan dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan.



Friday, January 6, 2012

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI




1
Bibir atas
11
Tengah lidah
2
Bibir bawah
12
Belakang lidah
3
Gigi atas
13
Akar lidah
4
Gigi bawah
14
Epiglottis
5
Gusi
15
Pita suara
6
Lelangit keras
16
Rongga tekak
7
Lelangit lembut
17
Rongga hidung
8
Anak tekak
18
Rongga mulut
9
Hujung lidah
19
Rahang
10
Hadapan lidah
20
tenggorok




FUNGSI ALAT PERTUTURAN

1.     LIDAH
·         Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
· 
Lidah terbahagi kepada 4 bahagian                 

hujung lidah
                                                                               
Tengah lidah
                                                                               
 Hadapan lidah
                                                                                
Belakang lidah

·         Pembahagian ini membolehkan lidah membuat diskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah,tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vocal iaitu bunyi vokal hadapan,tengah dan belakang.
·         Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan di mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

2.      GIGI 
·         Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
·         Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran inilah yang menghasilkan bunyi.

3.     BIBIR
·         Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar ronnga mulut.
·         Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
·         Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.
·         Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

4.      GUSI
·         Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
·         Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

5.      LELANGIT
·         Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
                                                  i.      Lelangit keras
                                                ii.      Lelangit lembut
·          Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
·         Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat di turun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
·         Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan,ronnga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

6.      RONGGA HIDUNG
·         Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.
·         Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan samada anak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak

7.  PITA SUARA
·         Pita suara terletak dalam ruang tenggorok “halkum” dan amat penting dalam hasilan bunyi.
·         Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaaan.








KAJIAN BUNYI





Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada dua belah paru-paru,kemuian melalui pintu suara seterusnya ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui mulut atau rongga hidung.
1.      Semasa udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut,udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin juga tidak mengalami gangguan.
2.      Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

BUNYI BAHASA DAN BUKAN BUNYI BAHASA.
1.      Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia ini.
2.      Bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
3.      Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihaslkan olh alat-alat artikulasi manusia tetapi sehingga sekarang ia belum dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia.Contohnya bunyi orang berdehem,bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi bunatang,sendawa,mendengkur,batuk,dan menggigil.

BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TAK BERSUARA.
1.      Sekiranya semasa udara keluar melalui pintu suara keadaan pita suara (khususnya glottis) iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.
2.      Kalau keadaan glottis itu renggang,atau terluka,sewaktu udara keluar udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

CARA BUNYI DIHASILKAN
1.      Udara yang dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melaui ruang tenggorok atau pita  sura dan kemudian masuk ke rongga tekak seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.
2.      Semasa dalam perjalanan ke luer melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak menerima sebarang gangguan.
3.      Sekiranya semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan pita suara akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
4.      Jika pita suara itu lebih renggang lagi,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita suara itu tidak bergetar,maka binyi yang terhasil bunyi tidak bersuara.
5.      Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk akan masuk ke rongga tekak. Dan dari sini mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut.Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur laluan udara samaada  ke rongga mulut atau rongga hidung.
6.      Kalau lelngit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung,udara akan keluar melalui hidung bunyi yang terhasil adalah bunyi sengau.Sekiranya rongga –rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut.Jadi bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau