Jadual
Spesifikasi Ujian
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut
spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat
semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan
pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap
yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar
diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau
objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas
ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri
sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan
setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU
disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti
berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras
ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang
mempunyai kesahan dan keutuhan.
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan
semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut
dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah : langkah pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan
pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang
telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop
dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh
guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu
tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis
untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang
diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif
pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran,
pengetahuan dan kemahiran yang perlu
diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran
mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.
Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian
dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang
perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi
tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya
mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi
peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan
yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan
membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran
seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap
kecedasan murid.
Langkah yang
keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan
harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran
dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud
keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi
perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan
juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang
bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan
lain-lain.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat
membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara
kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan
ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian
yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
soalan, ini berdasarkan kesahan dari
segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun
dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya
mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran.
Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian
yang lain.
Rumusan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek
penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item
atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.
No comments:
Post a Comment