Friday, March 25, 2011

TOP SPORT – Knowledge and understanding of fitness and health

1. Pemanasan Badan (Warm- up)

Bolehkan kanak-kanak..........?

Menjalankan, mengenalpasti, dan menerangkan tujuan rangkaian latihan pemanasan badan?

Aktiviti-aktiviti

· Latihan pergerakan yang melibatkan pergerakan sendi secara terkawal. Contohnya, putaran bahu, memusingkan badan dan membengkok badan ke sisi.

· Aktiviti yang meningkatkan suhu badan dan kadar degupan jantung, sama seperti menukar gear kereta atau basikal.

· Regangan ( 6-10 saat) - Perkembangan yang bermula dari regangan seluruh badan kepada regangan untuk otot-otot di bahagian tertentu. Contohnya , betis dan paha.

Soalan ( pilih antara berikut) :

Q : Bagaimana anda rasa setelah pemanasan badan?

A : Hangat ( tidak tercungap-cungap) dan bersedia untuk beraksi ( tidak penat).

Q : Apakah tujuan pergerakan sendi-sendi dalam pemanasan badan?

A : Bagi menggalakkan pergerakan yang lebih lancar.

Q : Aktiviti pergerakan yang mana melibatkan sendi-sendi dalam tulang belakang anda?

A : Membengkokkan badan ke sisi, regangan abdomen atas, membaling bola ke atas dan ke bawah.

Q : Apakah aktiviti yang menggerakkan sendi lutut, bahu dan buku lali?

A : Mengangkat lutut, menggerakkan lengan dalam bulatan, jogging.

Q : apakah matlamat meningkatkan kadar degupan jantung dan kadar pernafasan semasa aktiviti pemanasan badan?

A : Untuk meningkatkan bekalan oksigen kepada sendi bagi penyediaan untuk aktiviti yang lebih lasak.

Q : Bilakah aktiviti regangan ‘warm-up’ patut dilakukan?

A : Di akhir aktiviti, semasa otot dalam keadaan panas.

Q : Di bahagian manakah anda merasa otot meregang?

A : kanak-kanak mengenalpasti lokasi sendi telah yang meregang.

2. KESAN SENAMAN TERHADAP DEGUPAN JANTUNG

Bolehkah kanak-kanak....?

mengenalpasti dan menerangkan perubahan kepada gedupan jantung mereka?

Menerangkan kebaikan senaman kepada jantung?

Aktiviti-aktiviti.

Murid-murid bermainan yang lasak. Contohnya kumpulan berantai, there and back

Murid-murid mengenalpasti degupan jantung sebelum dan semasa permainan melalui

· Merasa jantung mereka dengan sebelah tangan di tengah-tengah dada dan menerangkan perubahannya menggunakan carta kadar degupan jantung.

Atau,

· Mengira kadar denyutan nadi untuk tempoh sepuluh saat pada pergelangan tangan atau leher.

Soalan-soalan

Q : Apakah yang berlaku kepada jantung anda semasa anda bermain permainan?

A : Jantung berdegup kencang.

Q : Bagaimana anda boleh mengawasi kadar degupan jantung sebelum dan semasa bermain?

A : Murid-murid menunjukkan cara pengesanan dilakukan.

Q : Apakah yang kita perlukan untuk membina tenaga?

A : Makanan dan oksigen

Q : Bagaimana makanan dan oksigen sampai ke otot?

A : Melalui darah

Q : Apakah yang mengepam darah ke seluruh anggota badan?

A : Jantung

Q : Apakah yang berlaku kepada jantung semasa anda bermain permainan lasak?

A : Jantung berdegup kencang untuk menyalurkan bekalan makanan dan oksigen ke otot untuk membina tenaga.

Q : Apa terjadi kepada jantung sekiranya kita sentiasa aktif pada setiap hari?

A : Otot akan semakin kuat dan mampu melakukan lebih banyak kerja tanpa penat.

Q : Jantung adalah sejanis otot – apa akan terjadi kepada jantung jika kita bermain dengan kerap?

A : Jantung akan menjadi lebih kuat dan akan mampu untuk mengepam lebih banyak oksigen ke seluruh badan pada setiap degupan.

3. KESAN SENAMAN TERHADAP PERNAFASAN

Bolehkah kanak-kanak....?

menerangkan mengapa kadar pernafasan meningkat semasa menjalankan senaman?

Aktiviti-aktiviti

Murid-murid bermain permainan lasak seperti chain gang, dan there and back.

Murid-murid mengawasi pernafasan sebelum dan semasa permainan melalui ;

· Meletakkan sebelah tangan di atas perut dan sebelah lagi di dada dan merasa pergerakan turun dan naik dada.

Murid-murid menerangkan kadar pernafasan mereka menggunakan carta pernafasan

Atau

· Menggunakan teknik yang sama, mengira bilangan pernafasan selama 20 saat ( naik dan turun dada = satu nafas)

Soalan-soalan

Q : Apakah akan terjadi kepada pernafasan anda bila kita bermain permainan?

A : Kadar penafasan meningkat dan semakin dalam.

Q : Bagaimana anda mengawal pernafasan anda?

A : Murid-murid menunjukkan cara yang harus dilakukan.

Q : Apakah yang digunakan oleh otot semasa bermain permainan?

A : Tenaga.

Q : Apakah yang diperlukan untuk membina tenaga?

A : Makanan dan oksigen.

Q : Bagaimana kita mendapat oksigen dalam badan kita?

A : melalui pernafasan.

Q : Apakah akan terjadi kepada kadar pernafasan anda apabila anda bermain permainan lasak?

A : Pernafasan menjadi lebih kencang dan dalam untuk membantu otot yang berkerja supaya mendapat bekalan oksigen untuk membina tenaga yang diperlukan.

4. KESAN SENAMAN TERHADAP SUHU BADAN DAN PENAMPILAN

Bolehkah kanak-kanak....?

Menerangkan perubahan terhadap suhu badan dan penampilan semasa sesi senaman?

Aktiviti-aktiviti

Murid-murid bermain permainan lasak seperti chain gang, dan there and back.

Murid-murid mengawasi pernafasan sebelum dan semasa permainan melalui ;

· Meletakkan tangan mereka di atas dahi

Atau

· Meletakkan kepingan thermometer di atas dahi

Atau

· Meminta rakan untuk memerhatikan wajah mereka

Soalan-soalan

Q : Apa akan terjadi pada suhu badan dan penampilan anda semasa sedang bermain permainan?
A : Suhu badan meningkat, kulit menjadi lembab dan pipi sesetengan murid akan kemerahan.

Q : Bagaimana anda dapat mengawasi tekanan suhu dan penampilan anda?

A : Murid menunjukkan cara yang harus dilakukan.

Q : Semasa bermain permainan, otot mengeluarkan tenaga sebagai haba. Bagaimana haba dibebaskan daripada badan?

A : melalui kulit.

Q : Mengapa kulit menjadi basah dan lembab?

A : Ia salah satu cara untuk badan mengawal suhu.

Q : Mengapa pipi sesetengah murid menjadi kemerahan?

A : Pembuluh darah di pipi menjadi besar dan lebih hampir pada permukaan kulit untuk membebaskan haba.

5. MENGAWAL INTENSITI PERMAINAN

Bolehkan kanak-kanak......?

Mengawal intensity pelbagai permainan dan menerangkan kepentingan dan kebaikan permainan untuk kesihatan?

Aktiviti-aktiviti

· Pelajar akan menjalani pelbagai aktiviti permainan atau peraturan permainan yang berbeza. Dimana sebahagiannya memerlukan tenaga yang lebih tinggi.

· Pelajar menggunakan skala rasa permainan untuk mengetahui entensiti permainan.

· Pelajar memerhati penyertaan kendiri dalam aktiviti fizikal selama beberapa minggu.

Soalan-soalan

Q : Mengapa jantung berdegup kencang dalam sesetengah permainan atau aktiviti?

A : Sesetengah aktiviti adalah lebih lasak dan memerlukan tenaga yang lebih berbanding yang lain.

Q : Aktiviti/permainan apakah yang memerlukan lebih tenaga? Mengapa anda berfikiran sedemikian.

A :Kanak-kanak akan mendapati, aktiviti seperti berlari, melompat dan dodging dalam jangka masa tertentu memerlukan lebih banyak tenaga. Rasa permainan adalah berbeza mengikut individu dan tahap kemahiran murid-murid.

Untuk mendapat kesihatan yang baik, murid-murid dinasihati melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Q : bagaimana hendak mencapai sasaran tersebut melalui aktiviti permainan?

A : permainan yang bertenaga dan menyeronokkan akan menarik perhatian murid-murid dan mengekalkanpengkibatan selama yang mungkin.

6. KEBAIKAN PERMAINAN KEPADA KESIHATAN

Bolehkah kanak-kanak...?

Menerangkan kebaikan permainan kepada kesihatan?

Aktiviti-aktiviti

Murid melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan ;

· Permainan berkumpulan contohnya menjaring, berlari dan ulang-alik

· Permainan individu contohnya membaling sasaran

Murid-murid memerhati cara permainan dijalankan dan perasaan yang dilalui melalui ;

· Perbincangan berdasarkan soalan di bawah

· Pemerhatian berdasarkan riak wajah orang lain

Soalan-soalan

Q : Mengapa orang bermain permainan?

A : Untuk bersama rakan-rakan, bersaing, mencabar diri sendiri dan mendapat keseronokan.

Q : Apakah perasaan yang dapat kamu perhatikan melalui riak wajah orang lain?

A : Teruja, memberi tumpuan, gembira, keseronokkan

Q : Bagaimana perasaan/mood ini membantu kepada kesihatan individu?

A : Kesihatan diri juga melibatkan kesihatan dalaman. Kesihatan diri melibatkan cara untuk mendapat ketenangan, berseronik dan selesa dengan keadaan mereka sendiri. Sesetengah orang mendapat kebaikan tersebut melalui permainan.

7. AKTIF DALAM KEGIATAN LUAR SEKOLAH

Bolehkah kanak-kanak.....?

Mencari peluang untuk menyertai permainan di dalam dan di luar sekolah?

Ativiti-aktiviti

Murid-murid terlibat dalam perlbagai jenis permainan.

Guru berbincang dengan murid-murid tentang ketetapan masa dan tempat yang sesuai untuk bermain permainan di sekolah atau kelompok masyarakat.

Murid-murid membina sebuah papan kenyataan “let’s get active” untuk berkongsi maklumat mengenai sukan, dan latihan aktiviti yang boleh diikuti di dalam dan di luar sekolah.

Soalan-soalan

Q : Permainan manakah yang boleh dijalankan pada masa lapang, waktu tengahhari atau di rumah?

Q : Siapakah yang menjadi ahli kelab permainan di dalam atau di luar sekolah?

Q : Bagaimanakah dan mengapakah anda menyertai kelab tersebut?
Q : Apakah matlamat kelab tersebut?

Q: Bagaimanakah kamu pergi ke kelab tersebut?

Q : Berapakan kos yang diperlukan?

Q : Apakah yang anda sukai mengenai kelab tersebut?

Q : Bagaimanakah orang lai n dapat menyertai kelab tersebut?

8. PENYEJUKAN BADAN ( COOL-DOWN )

Bolehkah kanak-kanak...?

Menjalankan, mengenalpasti, dan menerangkan matlamat latihan penyejukan badan?

Aktiviti – aktiviti

· Menjalankan aktiviti deyutan nadi yang perlahan dan membantu jantung dan paru-pari ke keadaan normal.

Contoh, menangkap dan menjaring

· Regangan – peningkatan dari satu atau dua regangan seluruh badan kepada dua atau tiga regangan pada otot di bahagian yang tertentu contohnya pada betis dan peha

Soalan-soalan

Q : Bagaimana anda rasa selepas aktiviti penyejukan badan?

A : OK. Kembali seperti sediakala ( tidak berasa lelah dan tercungap)

Q : Apa terjadi kepada jantung dan kadar pernafasan anda semasa aktiviti penyejukan badan?

A : Ia pulih secara perlahan-lahan.

Q : Aktiviti manakah yang sesuai untuk penyejukan badan?

A : Contohnya melantunkan bola perlahan-lahan, berlari anak, berjalan perlahan dan regangan.

Q : Apakah tujuan aktiviti regangan penyejukan badan?

A : Untuk mengelakkan otot menjadi kejang.

Q Bilakah sepatutnya regangan dijalankan?

A : Regangan harus dijalankan apabila otot dalam keadaan bersedia dan panas.

Q : Di bahagian manakah dapat anda rasakan apabila otot meregang?

A : Kanak-kanak daoat mengenalpasti di mana otot yang meregang.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.


Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Antara kaedah yang disarankan ialah :


1. Kaedah Kuliah
2. Kaedah Perbincangan
3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4. Kaedah Latihan
5. Kaedah Penemuan
6. Kaedah Projek
7. Kaedah Persembahan Lisan
8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

KAEDAH KULIAH

· Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru.

· Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

· Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :


1. Pengenalan

® Menerang dan menjelaskan skop pelajaran

® Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka

® Cuba membangkitkan minat

® Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

2. Persembahan

® Kuat tetapi nada mesra

® Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai

® Huraikan istilah yang digunakan

® Bercakap dengan semua pelajar

® Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain

® Ulang butiran penting

® Guna lawak jenaka

® Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

3. Penutup

® Mengulangi point-point utama

® Menggalakkan perbincangan

® Meneguhkan point yang lemah



KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI

· Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

· Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :


1. Pendahuluan

2. Demonstrasi
3. Demonstrasi dan pengajaran

® Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya

® Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan

® Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat

® Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.

® Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

® Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit

® Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

® Beri butiran penting

5. Penutup

® Ulang butiran penting

® Menggalakkan perbincangan

® Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

· Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :


1. Kaedah/Gaya Langsung
2. Kaedah/Gaya Gabungan
3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung

Gaya Langsung

Gaya Gabungan

Gaya Tidak Langsung

· Gaya Arahan

· Gaya Tugasan

· Limitasi

· Penemuan

· Terbimbing

· Penyelesian masalah latihan

· Bertindak balas

· Semak kendiri

· Penerimaan beramai

· Penerokaan

Gaya langsung


Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul
(Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.



kelebihan

kelemahan

1. Kaedah yang berkesan
2. Berfokus kepada yang ingin
dipelajari

3. Tidak banyak peluang untuk salah
faham dan salah interpretasi
4. Persekitaran pembelajaran yang
berstruktur

1. Tidak ambil kira perbezaan individu
(kesesuai perkembangan), anggap
pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang
sama (kesesuai umur kumpulan)
2. Lebih mementingkan matlamat atau
hasil pengalaman pembelajaran
daripada proses pembelajaran itu.

Gaya Tidak Langsung


Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses
pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

kelebihan

kelemahan

1. Membolehkan pelajar menetapkan
matlamat dengan cara mencapainya
2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab
3. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar
4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.

1. Memakan masa yang panjang.
Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.
2. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.
3. Sukar untuk mengawal kelas
4. Sukar untuk memastikan
kesinambungan dalam pelajaran

Gaya Arahan

Dalam gaya ini , guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti. Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

Guru

pelajar

Mengawal penuh pengajaran ;
1. Memilih aktiviti
2. Menentukan bagaimana dan bila
3. Mengawal tingkah laku
4. Menilai keputusan

1. Menjimatkan masa untuk
membuat percubaan
2. Individu mendapat kurang
perhatian

Ciri – ciri gaya arahan
1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .
2. Pelajar berlatih.
3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan


Penemuan Terbimbing


Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

Kelebihan –kelebihan
1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
3. Memupuk pembangunan arah kendiri

Penyelesaian Masalah


Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :


1. Menganalisi dana memahami masalah
2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
4. Membentukkan jawapan yang mungkin
5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan-kelebihan
1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari

Kelemahan kelemahan
1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu. Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Saiz kelas

Gaya pengajaran

Seluruh kelas

· Langsung
· Penyelesaian masalah

Kumpulan kecil

· Stesen

Individu

· Lembaran kerja /tugas

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan

yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru

menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala

kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan

sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk

membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

1. Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

2. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.

3. Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

4. Latar Belakang Pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.