Pengenalan Dan Definasi Multimedia
Definisi Multimedia
Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu:
· Multi: Banyak (many), Pelbagai (Multiple)
· Medium:
o Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum).
o Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)
Sistem Multimedia
· Ia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.
· Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah :
“Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.

Sejarah perkembangan multimedia
§ Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.
§ Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.

No comments:
Post a Comment