Monday, February 7, 2011

PERALATAN PING PONG

PERALATAN

Peralatan utama ialah sebuah meja yang dijadikan gelanggang atau tempat bermain.

Selain itu, permainan ini memerlukan sebiji bola ping pong, bet, 2 atau 4 orang pemain dan jaring.

MEJA

1. Permukaan meja hendaklah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran 2.74m panjang dan 1.525m lebar serta berada pada kedudukan 76cm daripada lantai yang mendatar.

2. Permukaan permainan termasuk semua sempadan pada permukaan atas tetapi tidak termasuk bahagian tepi meja di bawah aras permukaan permainan.

3. Permukaan permainan boleh diperbuat daipada sebarang bahan yang dapat menghasilkan lantunan purata setinggi 23cm apabila bola ping pong dijatuhkan daripada setinggi 30cm di atasnya.

4. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya oleh sebuah jaring.

5. Untuk permainan beregu, setiap gelanggang hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiz antara tepid an kanan oleh garis tengah setebal 3cm. Ia juga hendaklah selari dengan garis tepi. Garis tengah ini termasuk sebagai sebahagian daripada kanan gelanggang.


JARING

1. Jaring diletakkan pada pembahagi tengah meja memisahkan permukaan permainan kepada dua bahagian sama selari dengan garis belakang.

2. Permukaan permainan hendaklah dibahagikan menjadi dua gelanggang yang sama saiznya oleh yang dipasang selari dengan garis belakang.

3. Jaring disokong oleh penyokong pada kedua-dua hujungnya pada ketinggian 15.25cm.

BOLA PING PONG

1. Bola ping pong hendaklah berdiameter 38mm dan beratny 2.5g.

2. Hendaklah diperbuat daripada bahan seluloid atau bahan plastic yang sama serta berwarna putih, kuning atau oren.

3. Harus tercatat grednya yang dilambangkan menerusi jumlah bintang.

BET

1. Penggunaannya adalah mengikut kesesuaian saiz, berat dan bentuk.

2. Bahagian pemukul hendaklah keras dan leper.

3. Bahagian yang berdekatan dengan pemegang dibiarkan kosong tanpa pelalpik.

4. Pada bahagian pemukul bet, sekurang-kurangnya 85% hendaklah diperbuat daripada kayu asli. Terdapat lapisan yang dilekatkan pada bahagian ini yang diperbuat daripada bahan-bahan fiber seperti karbon atau gelas fiber.

1 comment:

  1. assalamualaikum. nak tnya, yang nota ni rujuk dari mana ye ?

    ReplyDelete