Saturday, February 12, 2011

MOTIVASI

Flowchart: Delay: 2.0  PENDEKATAN MOTIVASI


2.1 TTEORI-TEORI PENDEKATAN MOTIVASI

2.1.1 Pendekatan Behaviorisme

Motivasi dari perpekstif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip, di mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan didenda (Slavin, 2005). Motivasi dalam kes ini ialah ekstrinsik. Insentif akan menjanjikan sesuatu yang baik diperolehi, manakala dendaan dielakkan. Sejajar dengan perlakuan suatu tingkah laku. Ganjaran atau hadian memainkan peranan dalam mengekalkan tingkah laku seperti mana memperoleh ‘A’ akan mengukuhkan tabiat belajar yang baik. Maka, untuk memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan memberikan peneguhan kepada kejayaan mereka serta membantu mereka mengimbangkan nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran mereka.

2.1.2 Pendekatan Humanistik

Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju kea rah pertumbuhan kendiri. Mengikut para humanisme, manusia dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum. Untuk memotivasikan pelajar, pendidik harus menyentuh domain afektif mereka – kompetensi mereka, harga diri, autonomi dan penyempurnaan diri.

Keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan fisiologi, psikologi, emosi atau intelek. Matlamat pendekatan humanistik adalah untuk meransang pengalaman pelajar supaya mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran.

2.1.3 Pendekatan Kognitif ..` kognitif berpandangan bahawa motivasi menekankan seseorang mencari makna, pemahaman, kompetensi, secara aktif serta kebolehan seseorang membuat intepretasi. Pendekatan kognitif terhadap motivasi memperlihatkan tingkah laku sebagai dipelajari melalui peneguhan kognitif individu tentang pemikiran atau konseptualisasi tertentu. Ahli kognitivisme percaya bahawa tingkah laku ditentukan oleh pemikiran kita dengan matlamat, harapan, atribusi, skema, dan keinginan untuk menjadi kompeten terhadap peristiwa luaran atau keadaan fizikal, tetapi lebih kepada intrepretasi peristiwa. Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingi tahu intrinsik, bermotivasi dan meneroka untuk meneyelesaikan masalah sebagai satu bentuk tingkah laku penyesuaian. Untuk memotivasikan pelajar, kita harus meransang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.

2.1.4 Pendekatan Sosio-Budaya

Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme. Pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorism eke atas kesan atau hasil sesuatu tingkah laku dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan seseorang itu. Pendekatan ini amat berkait rapat dengan Bandura (1997) dan antara teori yang boleh dikemukakan ialah teori efikasi kendiri dan memotivasikan pelajar untuk belajar.

Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan tentang kompetensi peribadi kita dalam suatu bidang. Efikasi kendiri dipengaruhi oleh :

i. Pengalaman lampau

ii. Pengalaman vikarious

iii. Input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolehan individu menyempurnakan tugas

iv. Gerak hati fisiologi dan emosi

Sebagai guru, kita dapat meningkatkan efikasi kendiri pelajar dengan membantu mereka merangka matlamat realistik dan merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Rumusan empat Pendekatan Motivasi

Behaviouristik

Humanistik

Kognitivisme

Pembelajaran Sosial

Sumber Motivasi

Ransangan Ekstrinsik

Ransangan Intrinsik

Ransangan Intrinsik

Ransangan Ekstrinsik dan Intrinsik

Pengaruh Penting

Ganjaran, insentif

dan hukuman

Keperluan harga diri, pemenuhan kendiri dan kekuatan diri

Kepercayaan, ciri-ciri kejayaan dan kegagalan, serta pengharapan

Pengharapan dan nilai sesuatu matlamat yang hendak dicapai

Pelopor Teori

Skinner

Maslow, Deci

Weiner, Covington

Bandura

Diubahsuai dari Woolfolk, 1998

2.2 MOTIVASI DI DALAM KELAS

Dengan memahami teori-teori yang termasyhur tentang motivasi, maka guru dapat mengembangkan tujuh (7) jenis motivasi di dalam kelas, iaitu:

(1) motivasi tugas;

Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan sama ada oleh guru, murid sendiri, mahupun yang dirancangkan oleh guru dan murid secara bersama-sama. Pelajar yang memiliki motivasi tugas memperlihatkan keterlibatan dan ketekunan yang tinggi dalam menyelesaikan tugas-tugas belajar. Motivasi tugas hendaklah dibangun di dalam diri pelajar dan ini dapat dilakukan oleh guru kalau dia mengetahui cara-caranya.

(2) motivasi aspirasi;

Motivasi aspirasi yang tinggi tumbuh dengan subur kalau pelajar memiliki perasaan sukses. Perasaan gagal dapat menghancurkan aspirasi pelajar dalam belajar. Oleh kerana itu guru jangan menjadikan pelajar selalu gagal, walaupun ini bukan bermakna guru harus menjadikan pelajar sukses terus menerus. Suatu konsep yang harus ditanam oleh guru kepada pelajar agar ia memiliki aspirasi yang tinggi adalah bahawa kesuksesan atau kegagalan ditentukan oleh 'usaha', bukan oleh kemampuan atau kecerdasan.

(3) motivasi persaingan;

Persaingan yang sihat dapat menjadi motivasi yang kuat dalam belajar. Namun memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan, di kalangan pelajar dalam belajar dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan menjadi giat belajar, tetapi dengan berbagai cara berusaha mengalahkan pelajar lain untuk mendapatkan status. Membangun persaingan dengan diri sendiri pada setiap pelajar akan menimbulkan motivasi persaingan yang sihat dan berkesan dalam belajar.

(4) motivasi afiliasi;

Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan sebaik-baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain. Pelajar-pelajar yang masih kecil berusaha meningkatkan usaha dan prestasi dalam belajar agar dia dapat diterima dan diakui oleh orang dewasa, iaitu guru dan ibu bapanya. Namun para remaja lebih terdorong belajar untuk mendapatkan penerimaan dan perakuan dari rakan sebaya. Oleh kerana itu, guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar yang masih kecil hendaknya memberikan perhatian dan penghargaan yang penuh terhadap peningkatan usaha dan hasil belajar yang ditampilkan oleh pelajar. Bagi pelajar remaja, guru hendaknya dapat memanfaatkan kelompok untuk meningkatkan usaha dan prestasi belajar ahli kelompok.

(5) motivasi kecemasan;

Kecemasan dapat mendorong usaha dan hasil belajar. Tetapi kecemasan yang berlebihan dapat menurunkan keghairahan dan hasil belajar. Pelajar yang telah memiliki motivasi yang tinggi dalam belajar jika mengalami kecemasan dapat menurunkan motivasinya itu. Demikian juga dengan pelajar-pelajar yang memiliki kecerdasan (IQ) rendah kalau mengalami kecemasan menyebabkan usaha dan hasil belajar mereka menjadi bertambah merosot. Tetapi kecemasan sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah dan yang memiliki kecerdasan tinggi.

(6) motivasi penguatan;

Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid, memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan pelajar dan memberikan penghargaan. Guru hendaklah menjauhi pemahaman bahawa pemberian angka sebagai sumber utama untuk menimbulkan motivasi penguatan, kerana menitik-beratkan pemberian angka dalam memotivasi pelajar dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat dan akan menimbulkan kecemasan di dalam kelas.

(7) motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri.

Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Pelajar-pelajar ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang melatar-belakangi tingkah laku mereka itu. Pembentukan sistem nilai-nilai yang menjadi tanggung jawab guru pada setiap pelajar, sehingga pelajar-pelajar memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri adalah sangat penting. Bagi pelajar-pelajar yang telah memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri, guru hanya perlu memberikan pelayanan yang sesuai dengan tuntutan aktiviti belajar mereka.

2.3 PENDEKATAN UNTUK MENINGKATKAN PERHATIAN MURID

i. Penerangan yang jelaS

Kajian menunjukkan pelajar tidak cemerlang dalam melakukan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk diselesaikan di rumah. Ini kerana mereka keliru dan tidak faham apa yang patut mereka lakukan. Oleh yang demikain, guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk member penerangan secara jelas tentang mengapa tugasan yang diberi itu penting dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Segala ilmu dan pengetahuan pelajar untuk menyelesaikan tugasan juga mestilah telah cukup dan mantap. Selain itu, pelajar juga perlu dijelaskan dengan tentang bagimana tugasan tersebut akan dinilai.

ii. Ganjaran

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara

satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.


iii. Tetapkan matlamat

Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Pada masa yang sama, pelajar akan mengetahui halayuju pembelajaran dan apa yang ingin dicapai.

Guru mestilah mengikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

iv. Ambil berat

Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang mengambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau,memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar.

Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa bertanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana perkembangan mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

“Pelajar tidak prihatin sejauh mana guru tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana guru prihatin terhadap mereka”.

Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar mengambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.

v. Penglibatan pelajar

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.

vi. Memenuhi keperluan pelajar

Seorang guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea dan buah fikiran.

vii. Memperbanyakkan pembelajaran visual

Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual seperti, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.

viii. Menggunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.

ix. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik

Setiap mata pelajaran mempunyai strategi dan teknik pembelajaran yang berbeza-beza. Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain.

x. Terima Pelajar Seadanya.


Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.

Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.

No comments:

Post a Comment