PERATURAN & UNDANG-UNDANG AM
DEFINISI
· Rali (rally) | tempoh masa bola dimainkan. |
· Let | rali yang tidak menghasilkan skor. |
· Mata (point) | rali yang menghasilkan keputusan. |
· Tangan berbet | tangan yang memegang bet. |
· Tangan bebas | tangan yang tidak memegang bet. |
· Pembuat servis | pemain pertama yang memukul bola dalam satu-satu rali. |
· Penerima servis | pemain kedua yang memukul bola dalam satu-satu rali. |
· Pengadil | orang yang dilantik untuk mengawal sesuatu permainan. |
· Penolong pengadil | orang yang dilantik untuk menolong pengadil. |
· Garisan belakang | garisan yang dipanjangkan tanpa hadnya dalam kedua-dua arah. |
· Pemain dikira memukul bola apabila pemain itu menyentuh bola dengan bet yang dipegangnya, atau terkena bahagian bawah pergelangan tangan yang memegang bet.
· Seseorang pemain dikira membuat voli bola jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
· Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri atau sebarang bola yang dipakainya terkena semasa dalam permainan dan sebelum bola itu melintasi permukaan permainan atau garis belakang, dan sebelum bola menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
SISTEM EKSPEDIT
· Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan tidak dapat diselesaikan selepas 15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-dua pemain atau pasangan.
i. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat, permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang membuat servis dalam rali ketika servis dihentikan.
ii. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum permainan itu dihentikan.
· Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga akhir permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaranyang baik, pembuat servis akan kehilangan satu mata.
· Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan dalam perlawanan tersebut.
MATA
Melainkan satu rali itu adalah rali let, seseorang pemain akan kehilangan satu mata jika
· Pemain gagal membuat satu servis yang baik dan sempurna.
· Pemain gagal membuat satu pukulan kembali yang baik dan sempurna.
· Pemain melakukan voli atau menghalang bola, melainkan telah dibenarkan seperti dalam peruntukan.
· Pemain memukul bola dua kali berturut-turut.
· Bola menyentuh gelanggang dua kali berturut.
· Pemain memukul bola dengan sebelah bet yang tidak mengikut peraturannya.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya menyebabkan permukaan permainan berubah atau bergerak.
· Tangan bebas telah menyentuh permukaan permainan.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya telah menyentuh jaring.
· Di bawah sistem ekspedit, pemain telah melakukan dan menerima servis atau pasangan penerima servis telah melakukan 13 balasan berturut-turut.
SISTEM PERTANDINGAN
· Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-
Menang - 2
Kalah - 0
· Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan mengikut keputusan 5 set yang mengandungi 11 mata setiap satu set.
· Kesemua 7 perlawanan hendaklah ditandingi walaupun sesuatu pasukan telah mendahului dengan keputusan memenangi 4 perlawanan.
· Sekiranya berlaku persamaan mata dalam kumpulan, pemenang kumpulan akan ditentukan seperti berikut :-
i. Jika 2 pasukan memperolehi mata yang sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.
ii. Jika 3 atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :-
a) Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang banyak dikira menang (Games Difference)
b) Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set terbanyak dikira menang. (Sets Difference)
c) Jika masih seri pasukan yang mendapat perbezaan mata terbanyak dikira menang. (Points Difference)
d) Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata permainan terbanyak dikira menang.
e) Jika 2 pasukan masih seri lagi, pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.
· Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya mana-mana pasukan telah mendahului dengan kemenangan empat (4) perlawanan.
PERMULAAN PERMAINAN & PEMILIHAN TEMPAT
· Hak untuk membuat pilihan pertama akan ditentukan dengan undian.
· Pemain atau pasangan yang memiliki hak ini akan;-
i. Memilih untuk melakukan atau menerima servis dahulu, manakal pihak yang kalah memilih tempat bermain.
ii. Memilih tempat bermain, manakala pihak yang kalah dalam undian akan mempunyai pilihan untuk melakukan atau menerima servis dahulu.
iii. Meminta pihak yang kalah dalam undian untuk membuat pilihan.
· Bagi permainan beregu,
i. Dalam permainan pertama, satu perlawanan pasangan yang membuat servis mesti menentukan pemain mana yang akan menerima servis dahulu.
ii. Dalam permainan berikutnya dalam perlawanan itu, penerima pertama akan ditentukan oleh pemain yang membuat servis.
PAKAIAN
· Pakaian hendaklah kemas (tidak dibenarkan memakai jeans, selipar atau berkaki ayam).
· Pemain juga adalah dilarang memakai pakaian berwarna putih/oren kerana menyamai warna bola pertandingan)
No comments:
Post a Comment