ANAK kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi telah memperlihatkan bakat seninya. Sewaktu berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak. Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.
Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman
Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.
1.1 Penglibatan Dalam Bidang seni
Dalam perjalanan dalam tahun-tahun 1960-an inilah Latiff mulai menghasilkan beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal iaitu “Sungai Mekong” yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama.
Latiff mencipta dalam satu era pembangunan dan modenisasi yang telah bebas daripada tekanan pentadbiran kolonial dan justeru suasana yang begini memberikannya lebih banyak perhatian terhadap masalah pertumbuhan peribadi daripada masalah sosiopolitik. Latiff ialah penulis yang tumbuh dengan pendidikan moden yang liberal dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan
Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan” di dalam puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang lumrah seperti tiket,
Latiff dapat dianggap sebagai penyair yang banyak mengelakkan diri daripada memperkatakan masalah politik dan kemasyarakatan dalam puisinya. Latiff lebih gemar mendekatkan dirinya kepada alam dan tata jalur kejadiannya. Dalam puisi-puisinya boleh ditemui suara hatinya sebagai seorang pengembara yang mencari erti kehidupan dan yang selalu ingin menyebatikan jiwanya dengan anasir-anasir alam. Di samping membawa kelainan tema pengucapan Latiff yang segar, dapat disamakan dengan kesegaran sebuah lukisan, penuh aneka palitan warna dan tafsiran.
Sungguhpun demikian Latiff cukup mengerti dan toleran terhadap “kesusasteraan yang komited” yang menjadi ciri penting dalam suasana kreatif di Malaysia. Diksi puisinya daripada bahasa dan kata-kata biasa yang diolah sepenuh dan sedapat mungkin bagi pengucapan isi jiwa dan fikirannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata-kata, berbaris pendek dan pada beberapa karyanya terlihat ‘bentuk-bebas’ yang menekankan kesan visual. Penekanan kesan visual ini hasil kemungkinan bentuk daripada `puisi konkrit’ Eropah, ‘canggahan kata’ pepatah Minang dan seterusnya daripada `sketsa budaya’ yang memang menjadi sebahagian daripada kehidupan seni kreatif Latiff sendiri.
Walaupun Latiff berhasil menggunakan bentuk bebas secara matang, tetapi puisinya tetap merupakan pengucapan jiwa manusia Timur yang masih erat dengan kekayaan dan keindahan alam sekitar. Meskipun melalui kata-kata, Latiff tidak menyatakan secara jelas pemberontakannya terhadap hal-hal yang lazim dan mundur, tetapi daripada cara dan gaya berpuisi beliau sebenarnya telah pun menyatakan sikap dan pendiriannya yang tersendiri itu.
pembicaraan tentang Latiff ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh secara umum penglibatan Latiff dalam dunia seni lukis kerana bidang ini juga adalah sebahagian daripada kehidupannya. Latiff pernah menyebut bahawa: “Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya”.
Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Sebagai pelukis. Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam siri “Pago-Pago”nya.
Seperti juga dalam puisinya, pencarian Latiff terhadap `daerah tempatan’ menariknya ke arah alam dan kita dapati baik sebagai pelukis ataupun penyair, beliau adalah seniman yang cukup mesra dengan lingkungan semula jadinya.
Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan. Melalui siri-siri ciptaannya, “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini.
Selain kegiatan mencipta puisi dan lukisan, Latiff pernah menjadi pemimpin tidak rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan “Anak Alam” di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Selepas berumah tangga, Latiff telah diberikan penghargaan sebagai Fellow Kreatif dan Seniman Tamu, masing-masing di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1977 – 1979) dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1980).
Latiff pernah memenangi berbagai-bagai hadiah utama sastera, terutama Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau memenangi Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih mewakili Malaysia menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok. Mulai tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penghormatan kepada beliau menjadi penulis tamu dan untuk mengisi projek sebagai penulis tamu, Latiff telah menumpukan tenaganya kepada penulisan kembali pengalaman dan proses penciptaan seninya.
1.1.1 Ekspresi
Latiff Mohidin boleh dianggap sebagai satu fenomena kepada orang yang amat menggemari bidang seni seperti lukisan, sajak, alam semula jadi, dan kerohanian. Pastinya ia memberi keuntungan kepada pengumpul koleksi seni.
Kepada ramai warganegara, khususnya warga terdahulu yang berpengalaman dalam mencari pelukis yang dapat menjadi identiti kepada bangsa dan negara satu ketika dulu sejurus selepas negara mencapai kemerdekaan sekitar 1960-an, seorang penggiat veteren seperti Latiff Mohidin yang kini berumur 66 tahun merupakan jelmaan kepada susah payah dan pahit getir dan kemenangan mereka.
Merujuk kepada perkembangan seni moden kebelakangan ini dan perbatasannya yang mempunyai daya ketahanan dalam sejarah kolonial, Latiff telah menjadi pengguat penting dalam pertukaran budaya seni
Sebaliknya, dalam aliran Realisme yang
“Dalam konteks kepenyairan, hubungan antara alam dan kemanusiaan yang diungkapkan dalam puisi-puisinya menjadi inti kekuatan Abdul Latiff. Hubungan akrab tersebut boleh dilihat daripada satu perspektif yang lain iaitu pencinta alam.
“Memang seorang penyair yang menggunakan unsur alam belum tentu pencinta alam jika unsur-unsur itu sekadar simbol. Namun Latif bukan sahaja menggunakan unsur itu tetapi juga mencintainya,” kata beliau.
kecintaan Abdul Latiff terhadap alam dalam karya-karya seninya dapat dihuraikan berdasarkan kritikan eko (ecocritisme), aliran yang berkembang sejak pertengahan 1990-an.kritikan eko sebagai medium untuk mengkaji hubungan antara sastera dan persekitaran fizikal. Hubungan itu lebih daripada penggunaan unsur-unsur alam sebagai simbol tetapi juga melihat persekitaran fizikal dan budaya.
Sama seperti teori-teori kritikan sastera, kritikan eko juga mempunyai prisip-prinsip yang dibangunkan di atas aspek ekologi, etika, bahasa dan kritikan.Salah satu cabang ekologi ialah ekologi manusia yang meneliti ekosistem. Misalnya impak daripada pembangunan yang tidak terkawal seperti banjir kilat dan hakisan tanah.
Persoalan-persoalan persekitaran dan kemusnahannya digambarkan dalam banyak puisi Abdul Latiff seperti Sungai Kelang, Tiada Daun Yang Gugur, Lalang Terbakar dan Pohon Cemara.
Melalui puisi-puisi tersebut, Abdul Latiff menyuarakan kebimbangan dan kekecewaan terhadap kemusnahan ekosistem oleh kerakusan manusia mengejar pembangunan.
Dalam pada itu, bahasa dan kritikan juga merupakan dua daripada prinsip kritikan eko. Ia digunakan sebagai alat untuk mengungkap kehidupan manusia.
Dalam konteks kritikan eko ia berhubung dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan ekologi dan etika ekologikal.Persoalan-persoalan inilah yang diungkap dan digarap dalam kebanyakan karya-karya verbal dan visual Abdul Latiff sejak 1963 hingga ke hari ini.
Di sisi lain, selain elemen alam, unsur-unsur romantisme tetap mendapat tempat dalam aspek kepenyairan beliau. Ia membicarakan kecintaan terhadap seseorang.
Di sisi lain, karya-karya romantisme Abdul Latiff seolah-olah membawa pembaca kepada karya penyair Perancis abad ke-19, Charles Baudelaire. Baudelaire tidak hanya dikenali sebagai penyair yang menganut aliran romantisme, tetapi juga penyair klasik dan sebagai seorang pencetus puisi-puisi moden Eropah.
Romantisme Baudelaire dapat dilihat bagaimana dia menggunakan bahasa dan memilih kata-kata dalam karya-karyanya. Tetapi jika dilihat dari bentuk puisinya, dia masih menggunakan model klasik, iaitu dengan rima yang teratur.
Sementara itu, dalam bidang catan, bentuk-bentuk ekspresionis, simbolisme dan pelukis alam tercerna dengan baik dalam karya-karya Abdul Latiff.
Dunia catan beliau sentiasa bergerak dalam garis dan warna. Ia merupakan gabungan antara elemen-elemen visual dan verbal yang berjaya menonjolkan gestural dan tekstural yang memukau.
Abdul Latiff merupakan seorang yang autentik dalam pengucapan seni tampak dan verbal. Kedua-duanya hasil daripada bakat semulajadi dan latihan serta pengembaraan luas ke segenap pelosok Eropah.
Jika meminjam istilah estetik pemikir realisme, N.G Cernisevski, karya-karya Latiff sepenuhnya mempersaingkan seni dan realiti dalam persepsi tersendiri, berbeza dengan penyair-penyair sezamannya.
Ini kerana pada era tersebut, kebanyakan penyair (selepas Peristiwa 13 Mei) dibebani dengan tanggungjawab sosial dan sejarah, selain mengisi pembangunan negara.
Dalam persekitaran intelektual dan sosial tersebut, Latiff muncul dengan pengembaraan kesenian yang kelihatan sangat peribadi. Dia menggambarkan pelbagai kemungkinan seni, pengolahan bahasa dan pengucapan estetik; dan pencarian dalam diri seolah-olah terpisah daripada kehebohan tema zamannya.
Hasil Karya ~ seni tampak
Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya sebagai penggiat seni lukisan ekspresionisme. Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini adalah lukisan Ia mengwujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat. menjaga dan menghargai alam sekitar. Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni, Latiff banyak menggunakan unsur seni seperti garisan, dan rupa. Jika diperhatikan, catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu berdasarkan garisan iaitu, garisan bergerigi bermakna kesakitan, garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir, garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut memberi gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan dan mengwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik.
dapatkan karya Latiff Mohidin di http://catatan-latiffmohidin.blogspot.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pelajar dari kelas p1 bm2 yang bernama imran, saya ketua kelas, dan saya hensem
ReplyDeleteLancau
Delete