CIRI DAN KUALITI GURU BERSESUAIAN DENGAN GLOBALISASI
1.) Memahami etika sebenar sebagai seorang guru
Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Sebagai seorang guru, kita mestilah menunjukkan disiplin dan tingkah laku sebagai seorang guru profesional. Guru patut sedar bahawa apa yang dilakukan oleh seorang guru sebenarnya mencerminkan diri guru itu sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
2.) mempunyai kesedaran diri dan faham kendiri
kesedaran dan fahaman terhadap kendiri inilah yang menjadi dasar kepada kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Sikap adalah kunci kepada segalanya.
Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan unsur-unsur dalam diri. Guru perlu bijak memanipulasikan antara kemahiran dan kehendak.
3. bukan hanya setakat tahu menilai pelajar tapi sedar dan tahu menilai diri
Tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru, kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan.
kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Seorang guru perlu sentiasa menjadi seorang yang proaktif dan mampu untuk duduk bergandingan dengan sesiapa sahaja.
4.) membina kredibiliti sebagai seorang guru yang layak diteladan
Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru tidak boleh jemu untuk menampilkan sikap dan perlakuan positif biarpun berhadapan dengan segilintir pelajar bermasalah yang mempunyai pelbagai kerenah. Walau apa yang berlaku, kita perlu menyedari bahawa, guru merupakan role model kepada pelajarnya. Oleh yang demikian, seorang guru patut mengajar dan menunjukkan adab serta budi pekerti yang luhur.
5. ) berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. . Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak. Sebagai seorang guru, kita mestilah kaya dengan ilmu dan sentiasa bersedia dengan setiap topik yang diajukan oleh murid dan dapat menjawab soalan murid dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment