Monday, February 7, 2011

POLA KESELARASAN VOKAL

POLA KESELARASAN VOKAL

  • Dalam bahasa Malaysia, ada enam bunyi vokal.huruf-huruf yang melambangkannya ialah a, e, e,i, o, dan u.

Huruf e ditulis dua kali kerana huruf itu melambang dua bunyi vokal yang berlainan :

i. e pepet : e seperti dalam perkataan e-mak

ii. e taling : e seperti dalam perkataan e-sok

§ Hukum keselarasan vokal (KV) menyatakan bahawa "huruf vokal yang membentuk sesuatu sesuatu perkataan (yang berakhirkan suku kata tertutup) mestilah daripada pasangan yang telah ditetapkan"

Ada 18 pasang huruf vokal yang telah ditetapkan dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia.

Pola keselarasan

contoh

1. a - a

Asah, balak, halaman

2. a - i

Alih, balik, sumbangsih

3. a - u

Asuh, datuk, lembayung

4. e pepet - a

Emas, kelam, tembelang

5. e pepet – i

Lebih, betik, sembelih

6. e pepet - u

Telur, tempuh, temenggung

7. e taling - a

Alak, dewan, belerang

8. e taling – e taling

Leceh, gelek, selekeh

9. e taling - o

Esok, telor, selekoh

10. I - o

Ingat, kilang, selinap

11. I - a

Intip, sisih, belimbing

12. I – u

Riuh, tidur, tembeliung

13. o - a

Otak, borang, sekolah

14. o – e taling

Oleh, boleh, celoteh

15. o - o

Obor, borong, kelompok

16. u - a

Ubat, tumpang, ketupat

17. u – I

Usik, kuih, gerusih

18. u – u

Untuk, tunduk, tengkujuh


Yang paling kerap digunakan dengan salah ialah :

a – i (balik, batik)

a – u (agung)

è – è (gelek)

e – I (betik)

è – o (elok,esok)

e – u (telur)

o – è (boleh. Oleh)

u – I (butir)

u – u (untuk)

  • Hukum vokal pertama ditentukan oleh bunyi. Huruf vokal kedua ditentukan oleh pasangannya yang telah ditetapkan.
  • Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan tiga syarat yang berikut ;

a) Hukum ini dikenakan pada kata dasar. Imbuhan tidak mempengaruhinya :

Ke-bo-le-han; ke-cen-derung-an

b) Kata dasar yang berkenaan hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

c) Bagi perkataan yang mempunyai lebuh daripada dua suku kata, hukum ini dilaksanakan pada dua suku kata terakhir sahaja;

Cen-de-rung

§ Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya;

Ce-tak bukan ci-tak

Se-len-dang bukan se-lin-dang

Ro-sak bukan ru-sak

Se-ko-lah bukan se-ku-lah

§ Hukum keselarasan vokal dilaksanakan kepada perkataan daripada bahasa Melayu. Kata serapan daripada bahsa inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturab sistem keselarasan huruf vokal ini misalnya ;

Faktor bukan faktur

Bonus bukan bonos.

1 comment:

  1. Artikel yang bagus...tp saya rasa anda harus check semula jadual keselarasan vokal kerana trdpat mklumat yg agak mgelirukan contohnya pola no.10 dan 11,

    ReplyDelete