Thursday, February 14, 2013

TOPIK 7 : Penyelidikan Tindakan : Kaedah Pengumpulan Data


MINGGU 3

TOPIK 7 :
Penyelidikan Tindakan : Kaedah Pengumpulan Data
·         Pemerhatian : Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·         Data berbentuk dokumen
·         Temubual : temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur

KULIAH
Penyelidikan Tindakan : Kaedah pengumpulan data melalui :
·         Pemerhatian : Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·         Data berbentuk dokumen
·         Temubual : temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur

TUTORIAL
Dalam kumpulan, bincangkan dan rancangkan bagaimana anda akan :
a)    Memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
b)    Mengumpul maklumat dokumen yang ada di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu
c)    Menebual murid untuk mendapatkan maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu

ISL
Persediaan Tutorial :
Mencari maklumat tentang pelbagai kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temubual, soal selidik, dan seterusnya 
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio



 TUTORIAL

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar pula, pendidik haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Pencerapan kelas diertikan sebagai melihat dan memerhati secara teliti terhadap perkara yang dilihat ( Dr. Ibrahim Bafadal, 1992). Pencerapan kelas adalah teknik yang digunakan oleh supervisor terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
Tujuannya adalah untuk memperoleh maklumat data seobjektif mungkin mengenai aspek-aspek dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam usaha memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan matapelajaran ini bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya.
Secara umum. Aspek-aspek yang diamati dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

1. Usaha-usaha dan aktiviti guru-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Cara penggunaan alat bantu mengajar
3. Reaksi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
4. Keadaan alat bantu mengajar yang digunakan

Dalam pelaksanaan pemerhatian kelas, ianya melalui beberapa tahap peringkat, iaitu,

1. Persiapan pencerapan kelas
2. Pelaksanaan pencerapan kelas
3. Penutupan pelaksanaan pencerapan kelas
4. Penilaian hasil pencerapan
5. Tindakan lanjut

Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajarandan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar melibatkan guru matapelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalahyang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari temubual yangdijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan. Item-item senarai semak adalah berbezaantara setiap pakar.

Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :-
i. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang.
ii. bahan bantu mengajar yang digunakan.
iii. tugasan yang diberikan kepada pelajar.
iv. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar.
v. pemantauan projek pelajar.
vi. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.
vii. motivasi di kalangan pelajar berkenaan.


PENCERAPAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN ANALISA DATA
Menurut Glickman (1998) terdapat dua cara pencerapan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pencerapan kuantitatif adalah kaedah mengukur perilaku , gelagat dan objek dalam kelas. Kategori klasifikasi perlu dikenal pasti terlebih dahulu dan boleh dianalisis berdasarkan statistik yang dikumpul.

PENCERAPAN KUANTITATIF
Instrumen-instrumen kuantitatif terdiri daripada,
Categorical Frequency Instrument
Categorical Frequency Instrument adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti perilaku dan gelagat yang boleh dikira. Keadaan yang berlaku dalam kelas boleh dikira dari pelbagai aspek dan keadaan. Sebagai contoh, perilaku guru dalam kelas boleh dibahagikan kepada lisan dan bukan lisan. Perilaku lisan boleh dipecahkan kepada maklumat yang diberikan oleh guru, pertanyaan guru, jawapan, pujian dan arahan yang diberi.
Di samping itu, ianya juga boleh mengukur kekerapan pertanyaan guru berdasarkan beberapa tahap jenis soalan. Soalan boleh dipecahkan kepada tujuh kategori sebagaimana Taksonomi Bloom. Supervisor boleh mengira jumlah dan peratus soalan mengikut jenis-jenis soalan dikategorikan.
Perilaku setiap pelajar dalam kelas juga boleh diukur. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama 40 minit, 8 sela perilaku pelajar boleh dilihat. Gelagat setiap pelajar dilihat setiap 5 minit berdasarkan sela yang telah ditetapkan. Dengan kaedah ini, supervisor boleh melihat secara spesifik setiap perilaku task (pelajar) yang ada dalam satu kelas.
Performance Indicator Instruments
Performance indicator instruments merekod sama ada tindakan yang tersenarai dalam borang pencerapan direkod ataupun tidak. Dalam borang pencerapan juga terdapat ruangan not applicable (NA). Terdapat juga ruangan catatan/komen yang membolehkan penyelia mencatat perkara-perkara penting.
Visual Diagraming
Visual diagraming adalah satu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang berlaku di dalam kelas. Videotaping adalah salah satu cara yang digunakan untuk menunjukkan apa sebenarnya yang telah berlaku dalam satu kelas.
Cara lain seperti interaksi lisan antara guru dengan pelajar serta bagaimana guru menggunakan ruang kelas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Supervisor akan melakarkan interaksi berkenaan dan boleh melihatnya dan menganalisis kejadian yang berlaku.



ISL
Persediaan Tutorial :



No comments:

Post a Comment