Pengenalan
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini
jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus
sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu
guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Umumnya,
para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau
matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu
kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar
tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses
P&P tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat
sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika
hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap
guru tidak cakna akan persekitaran.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli
akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah
kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa
oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza
dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana
sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran
mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam
kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah.
Oleh
yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama,
latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran
setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman
serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil
pembelajaran.
Kepelbagaian
yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu
untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya
pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas.
Manakala,
guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian pelajar
dalam sesi P&P beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara
pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang
berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar.
Beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak
pelajar untuk memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan
soalan-soalan, daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar
supaya proses P&P lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi
pelajaran dengan membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman
nenek moyang pelajar-pelajar tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian
pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau
memberikan penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah
beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran seperti ini, proses P&P akan
mencapai objektif pembelajarnnya.
Menurut
penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya
akan tercapai sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar
diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat
penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan
proses P&P berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap
pemikiran dan kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah
sedar akan hakikat tersebut dan berusaha untuk mempelbagaikan cara pengajaran
supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.
Kesimpulannya,
kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai
kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan
penyelesaiannya dengan menggunakan kepelbagaian cara pengajaran dan
kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini supaya, pelajar terlibat secara
aktif dalam proses P&P dan tahap kefahaman pelajar dapat
ditingkatkan.
terima kasih. helfull sangat
ReplyDelete