BIDANG FONOLOGI DAN FONETIK
BIDANG FONOLOGI
v
Bidang
fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu aspek yang terpenting da dalam
bahasa, iaitu bunyi.
v
Bidang
fonologi mengkaji system bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus
bagi sesuatu bahasa.
v
Bidang
ini juga umumnya disebut sebagai ‘fonemik’ atau
functional phonetic.
v
Tugas
bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan, dan mengelaskan dengan
teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan
peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
BIDANG FONETIK
v Bidang fonetik mengkaji tentang
fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
v Bidang ini mengkaji bunyi dari segi
sifat bunyi, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.
v Bunyi yang menjadi tumpuan ialah bunyi
yang digunakan untuk bertutur, iaitu bunyi-bunyi bahasa sahaja. Sememtara
bunyi-bunyi bukan bahasa seperti dehem,siulan, sendawa, dengkuran, dan
lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.
FONETIK ARTIKULASI
·
Bidang
fonetik yang mengkaji tentang bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau
dikeluarkan.
·
Bunyi-bunyi
itu terhasil daripada udara yang dikeluarkan daripada paru-paru, kemudian
melalui pita suara yang berfungsi menentukan keadaan bunyi itu samaada nyaring,
kuat, perlahan atau sebagainya. Kemudian udara itu melalui rongga tekak, rongga
mulut atau hidung untuk mewujudkan ‘gema’. Bunyi itu kemudiannya mengalami
berjenis-jenis gangguan yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi di rongga mulut bagi menghasilkan
jenis-jenis bunyi yang berlainan.
·
Berdasarkan
cara pengeluaran, terdapat beberapa jenis-jenis bunyi seperti letupan, letusan,
geseran, sengauan dan lain-lain di dalam bahasa melayu.
FONETIK AKUSTIK
·
Kajian
fonetik yang berkaitandengan sifat atau hakikat bunyi tersebut.
·
Sifat
fizikal yang dimaksudkan ialahgelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita
suara. Gelombang bunyi dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram,
dan osiloskop. Antara sifat yang di beri perhatiandalam kajian fonetik akustik
termasuklah, nada, frekuensi, dan amplitid.
·
Getaran
ini ada hubungan dengan kekerapan terbuka dan tertutupnya, pita suara. Semakin
banyak kali pita suaraitu terbuka dan tertutup, semakin tinggi frekuensinya dan
semakin nyaring suara atau bunyi yang kedengaran.
FONETIK AUDITORI
·
Kajian
yang berkatan perdengaran terhadap-hadap bunyi yang dihasilkan
·
Cabang
ini mengjaji tentang cara bunyi bahasa ditanggap oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemah oleh otak.
·
Proses
ini adalah, proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini
melibatkan kajian yang bersifat mujarad.
No comments:
Post a Comment