Sebelum
guru ditugaskan mengajar di sekolah-sekolah, mereka perlu mendapatkan latihan
yang mencukupi sebagai persediaan agar dapat mengatasi segala permasalahan yang
timbul semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping, membantu
dalam mencapai objektif P&P yang diharapkan. Kaedah, pendekatan dan teknik
merupakan antara faktor yang terpenting dalam ilmu pendidikan khususnya bidang
bahasa. Kaedah
ditakrifkan sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh bertujuan untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada
pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak
bercanggah dengan pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang
terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan
harus diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan (Mangantar Simanjuntak, 1982:72)
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan
pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan
murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Menurut Currie (1973), menyatakan :
‘ Usually, methods is classified by
the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods,
heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the psilosophy
of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the
teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this
philosophy is realised in actual class lessons.’
1. Kemahiran Mendengar
Dalam
konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan
aktiviti perolehan mesej atau maklumat Kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal
jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah
kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).
Seseorang murid yang telah dapat menguasai
kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa
sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada
peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih
bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Menurut
ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami
makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk
mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi,
terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan
dan pendengaran.
Menurut
Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar
adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan
pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya
begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Sehubungan
itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus
daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar
yang berkesan perlu ditekankan supaya murid dapat menguasai semua mata
pelajaran ketika di dalam kelas.
Takrif
Kemahiran Mendengar
Kemahiran
mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat
pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama
seperti:
b
– d (badang - padang)
d
– t (datang - tatang)
l
– r (lali - lari)
k
– g (kalah - galah)
Peringkat
kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada
pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk
memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang
berikut:
a) Pengetahuan yang sedia ada pada
pendengar seperti fakta danbudaya bahasa yang didengar serta
bagaimana bahasa digunakan.
b) Pengetahuan tentang situasi
berlakunya pertuturan yang didengar.
c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
Apabila
ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif.
Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu
pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini
menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak
balas selepas mendengar
Proses mendengar sesuatu
yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses
mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama,
mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut,
menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi
tadi.
Matlamat
Kemahiran Mendengar
Murid-murid
didedahkan dengan kemahiran mendengar di sekolah adalah untuk membantu murid
mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat, dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.
Manakala dalam kehidupan seharian, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam
interaksi social, untuk mendapat hiburan, memperoleh maklumat serta penyataan
perasaan dan apresiasi seni.
Justeru,
melalui keMahiran mendengar ini, murid-murid didedahkan dengan memperoleh idea,
mencari isi-isi penting, mengenalpasti makna tersirat dan sebagainya.
Peringkat-peringkat
Kemahiran Mendengar
Terdapat
tiga peringkat dalam kemahiran
mendengar. Pada peringkat awal kemahiran
mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka
juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan
perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh muridnya
menggayakan gaya seekor itik, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan
menggayakan aksi seekor itik mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu,
pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Murid-murid
juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Pada peringkat kedua atau peringkat
pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan
mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. murid juga diajar
untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai
contoh, guru memberitahu murid tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru
ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta dapat mengetahui
cara-cara untuk menghayati sambutan perayaan atau peristiwa seperti yang
diberitahu oleh guru. Pada peringkat ini juga, murid didedahkan untuk mengenali
sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat.
Peringkat
ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini,
murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah
karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam
karangan tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap. Selain daripada itu, murid akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang
yang bercakap. murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam
sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar
diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata
tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat
ini juga, murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk
struktur nahu.
Justeru,
sesorang guru yang ingin merancang sebuah bentuk pengajaran dalam kemahiran
mendengar haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang telah digariskan
dengan tujuan untuk menyampaikan sebuah engajaran yang lebih efektif. Antara
prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar adalah :
a)
Mendengar
merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati
b)
Proses
mendengar berlaku melalui latihan scara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat
c)
Individu
lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
d)
Aspek
fizikal, psikologi dan nerologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang
e)
Pendengaran
yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan
f)
Mendengar
berlaku melalui proses akal dan bukannya
perasaan
g)
Mendengar
untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu
h)
Mendengar
untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik
i)
Mendengar
untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap
bentuk dan isi.
Faktor – faktor yang mempengaruhi
Kemahiran Mendengar
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa
kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia
dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun yang demikian, bentuk-bentuk
kemahiran mendengar ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Seseorang itu dapat membuat tafsiran,
mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.
Biasanya murid yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada
mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah
mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.
Salah satu faktor yang mempengaruhi
kemahiran mendengar adalah faktor fizikal.
Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak
dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai
pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam
cacat pendengaran.
Faktor yang seterusnya adalah jantina.
Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman
tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengan mereka.
Yang ketiga adalah status ekonomi.
Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah, pengaruh ahli keluarga serta
interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar
kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Faktor lain juga termasuklah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat
banyak gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi
pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu.
Yang terakhir adalah mental. Kemahiran
mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang
didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak
balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka
mendengar.
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti
terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami mesej yang dibawa oleh
bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu
mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan diingat
membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik
menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat
bertepatan dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui
pengalamannya berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan
idea secara logik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment