Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan,
dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat
organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan,
taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang
pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan
bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga
domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan
pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan
sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras
yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali
diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep
ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran
manusia.
Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek
kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap
rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen – elemen tersebut
pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah
dan pemikiran aras tinggi. Dalam
taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga
lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa
yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
Rajah
1 : hierarki Taksonomi
Bloom
Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras
taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar
untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat
tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta
khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang
kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga
adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri
khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental
untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam
kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini
memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras
kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang
memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna
asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan
menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga
adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada
masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat
menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi
aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini
menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori,
hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan
penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga
frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah
seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras
ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur
kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan
keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras
analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid
menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur
yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan
bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid
perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental
analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada
komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini
memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih
jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik
iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea,
perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan
susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang
kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga
adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan
membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis
untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya
kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat
suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini
menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil
kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat
dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan
lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat
pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.
Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan
kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan
sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh
kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah
yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria
yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori
utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3
domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif
yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti
pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini
mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran
mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras
pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.
mohon copy dan edit untuk essignment sains saya..terimz kasih..hasil awak sangat membantu..
ReplyDeleteapa perbezaan di antara aras tinggi dan aras rendah?
ReplyDeletepemikiran di luar kotak bila aras tinggi,,fikirkan lebih mendalam
DeleteApa pengaruh teori Benyamin Bloom dalam dunia pendidikan
ReplyDeletemintak izin ambil sedikit maklumat ya untuk lengkapkan tugasan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq tq byk membantu sy menyiapkan tugasan
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteTq sgt mmbntu😊
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete