Showing posts with label FONOLOGI. Show all posts
Showing posts with label FONOLOGI. Show all posts

Friday, January 6, 2012

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI




1
Bibir atas
11
Tengah lidah
2
Bibir bawah
12
Belakang lidah
3
Gigi atas
13
Akar lidah
4
Gigi bawah
14
Epiglottis
5
Gusi
15
Pita suara
6
Lelangit keras
16
Rongga tekak
7
Lelangit lembut
17
Rongga hidung
8
Anak tekak
18
Rongga mulut
9
Hujung lidah
19
Rahang
10
Hadapan lidah
20
tenggorok




FUNGSI ALAT PERTUTURAN

1.     LIDAH
·         Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
· 
Lidah terbahagi kepada 4 bahagian                 

hujung lidah
                                                                               
Tengah lidah
                                                                               
 Hadapan lidah
                                                                                
Belakang lidah

·         Pembahagian ini membolehkan lidah membuat diskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah,tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vocal iaitu bunyi vokal hadapan,tengah dan belakang.
·         Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan di mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

2.      GIGI 
·         Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
·         Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran inilah yang menghasilkan bunyi.

3.     BIBIR
·         Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar ronnga mulut.
·         Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
·         Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.
·         Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

4.      GUSI
·         Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
·         Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

5.      LELANGIT
·         Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
                                                  i.      Lelangit keras
                                                ii.      Lelangit lembut
·          Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
·         Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat di turun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
·         Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan,ronnga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

6.      RONGGA HIDUNG
·         Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.
·         Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan samada anak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak

7.  PITA SUARA
·         Pita suara terletak dalam ruang tenggorok “halkum” dan amat penting dalam hasilan bunyi.
·         Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaaan.








KAJIAN BUNYI





Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada dua belah paru-paru,kemuian melalui pintu suara seterusnya ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui mulut atau rongga hidung.
1.      Semasa udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut,udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin juga tidak mengalami gangguan.
2.      Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

BUNYI BAHASA DAN BUKAN BUNYI BAHASA.
1.      Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia ini.
2.      Bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
3.      Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihaslkan olh alat-alat artikulasi manusia tetapi sehingga sekarang ia belum dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia.Contohnya bunyi orang berdehem,bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi bunatang,sendawa,mendengkur,batuk,dan menggigil.

BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TAK BERSUARA.
1.      Sekiranya semasa udara keluar melalui pintu suara keadaan pita suara (khususnya glottis) iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.
2.      Kalau keadaan glottis itu renggang,atau terluka,sewaktu udara keluar udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

CARA BUNYI DIHASILKAN
1.      Udara yang dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melaui ruang tenggorok atau pita  sura dan kemudian masuk ke rongga tekak seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.
2.      Semasa dalam perjalanan ke luer melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak menerima sebarang gangguan.
3.      Sekiranya semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan pita suara akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
4.      Jika pita suara itu lebih renggang lagi,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita suara itu tidak bergetar,maka binyi yang terhasil bunyi tidak bersuara.
5.      Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk akan masuk ke rongga tekak. Dan dari sini mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut.Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur laluan udara samaada  ke rongga mulut atau rongga hidung.
6.      Kalau lelngit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung,udara akan keluar melalui hidung bunyi yang terhasil adalah bunyi sengau.Sekiranya rongga –rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut.Jadi bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau  

FONOLOGI DAN FONETIK



BIDANG FONOLOGI DAN FONETIK






BIDANG FONOLOGI

v  Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu aspek yang terpenting da dalam bahasa, iaitu bunyi.
v  Bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
v  Bidang ini juga umumnya disebut sebagai ‘fonemik’ atau functional phonetic.
v  Tugas bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan, dan mengelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.


BIDANG FONETIK

v Bidang fonetik mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
v Bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.
v Bunyi yang menjadi tumpuan ialah bunyi yang digunakan untuk bertutur, iaitu bunyi-bunyi bahasa sahaja. Sememtara bunyi-bunyi bukan bahasa seperti dehem,siulan, sendawa, dengkuran, dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.



FONETIK  ARTIKULASI
·         Bidang fonetik yang mengkaji tentang bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.
·         Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang dikeluarkan daripada paru-paru, kemudian melalui pita suara yang berfungsi menentukan keadaan bunyi itu samaada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya. Kemudian udara itu melalui rongga tekak, rongga mulut atau hidung untuk mewujudkan ‘gema’. Bunyi itu kemudiannya mengalami berjenis-jenis gangguan yang dilakukan oleh alat-alat  artikulasi di rongga mulut bagi menghasilkan jenis-jenis bunyi yang berlainan.
·         Berdasarkan cara pengeluaran, terdapat beberapa jenis-jenis bunyi seperti letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain di dalam bahasa melayu.

FONETIK AKUSTIK
·         Kajian fonetik yang berkaitandengan sifat atau hakikat bunyi tersebut.
·         Sifat fizikal yang dimaksudkan ialahgelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram, dan osiloskop. Antara sifat yang di beri perhatiandalam kajian fonetik akustik termasuklah, nada, frekuensi, dan amplitid.
·         Getaran ini ada hubungan dengan kekerapan terbuka dan tertutupnya, pita suara. Semakin banyak kali pita suaraitu terbuka dan tertutup, semakin tinggi frekuensinya dan semakin nyaring suara atau bunyi yang kedengaran.

FONETIK AUDITORI
·         Kajian yang berkatan perdengaran terhadap-hadap bunyi yang dihasilkan
·         Cabang ini mengjaji tentang cara bunyi bahasa ditanggap oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemah oleh otak.
·         Proses ini adalah, proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.