Thursday, April 4, 2013
EDU 3109 - HAK ASASI KANAK-KANAK
M11
Tekanan Emosi
Dalam Kalangan Murid
(2 jam)
Ø Tanda-tanda awal
gangguan emosi
Ø Langkah-langkah
menangani gangguan
Ø emosi
Ø Hak Asasi
kanak-kanak
Bab 3 : Tekanan Emosi Dalam Kalangan
Murid
1) Pengenalan;
·
Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima
antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
·
Ini penting supaya semua
pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di
sekolah.
·
Emosi pelajar perlu dikekal
atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
·
Guru perlu memahami emosi
pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar
sememangnya.
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan
sebagai satu situasi yang menunjukkan satuatau lebih karasteristik oleh murid-murid.
kamus dewan bahasa dan pustaka telahmemberi maksud kepada gangguan emosi
sebagai gangguan emosi adalah akibatkonflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama adamelalui pertuturan atau perlakuan
tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapatditakrifkan sebagai kelakuan
menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosiyang tidak stabil. Antara
gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar
yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,kesihatan juga
menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguanemosi boleh
dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yangmenyebabkan
emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkanpelbagai
kesan terhadap kehidupan seseorang murid. gangguan emosi
adalah satuperkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka akan
mengalami gangguanemosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada
murid-murid.
2) Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi
Aspek emosi yang semakin sukar
dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan
untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di
sekeliling
Ø semangat
setiakawan
Ø keramahan
Ø sikap
hormat-menghormati
Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik
3) Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
i. gangguan emosi ringan
ii. gangguan emosi sedarhana
iii. gangguan emosi berat
4) Punca Gangguan Emosi;
· Persekitaran sekolah
· Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
5) Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut;
· tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
· selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
· sentiasa kelihatan letih
· kerap sakit perut
· mudah diserang penyakit
· duduk dalam keadaan yang tidak selesa
· pencapaian akademik yang semakin merosot
· sering berasa cemas, takut dan benci
· konsep kendiri yang lemah
· bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
· suka bergaduh
· kerap berbohong
· bertindak liar untuk menarik perhatian
· membela diri secara tidak menentu
· menunjukkan perasaan dengki
· mengkritik secara keterlaluan
· suka termenung atau berkhayal
6) Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi
· Peranan ibu bapa
· Tindakan guru
· Gaya pengajaran
· Kepimpinan guru
· Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
· Penerapan nilai
· Suasana ceria
· Penerangan jelas
7) Hak Asasi Kanak-kanak;
Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
Ø semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
Ø kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
Ø orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.
Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
· untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
· untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
· untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
· untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
· untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
· untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
· untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
· untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
· untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;
· Perkara 2 : tiada diskriminasi
· Perkara 3 : diberi pelindungan
· Perkara 6 : hak untuk hidup
· Perkara 13 : kebebasan bersuara
· Perkara 19 : diberi peruntukan undang-undang
· Perkara 23 : menikmati kehidupan
· Perkara 28 : Hak pendidikan
· Perkara 29 : halatuju pendidikan
· Perkara 30 : hak dalam komuniti
· Perkara 32 : dilindungi dari segi ekonomi
· Perkara 34 : tiada eksploitasi
Hak kanak-kanak : Seksyen 17
· Dilindungi dari segi fizikal
· Tada penganiayaan
· Pergaulan yang sihat
· Hak kesihatan
· Kemudahan bekalan makanan
· Elak penderaan emosi
Subscribe to:
Posts (Atom)