Friday, August 3, 2012
PSV 3113 - sem 7
MINGGU
3
TOPIK 7 :
Penyelidikan Tindakan : Kaedah
Pengumpulan Data
·
Pemerhatian
: Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·
Data
berbentuk dokumen
·
Temubual
: temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur
KULIAH
Penyelidikan Tindakan : Kaedah pengumpulan
data melalui :
·
Pemerhatian
: Pemerhati, Peserta dan pemerhati, peserta
·
Data
berbentuk dokumen
·
Temubual
: temubual berstruktur , semi struktur dan tidak berstruktur
TUTORIAL
Dalam kumpulan, bincangkan dan
rancangkan bagaimana anda akan :
a) Memerhati satu sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran
b) Mengumpul maklumat dokumen yang ada
di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu
c) Menebual murid untuk mendapatkan
maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu
ISL
Persediaan Tutorial :
Mencari maklumat tentang pelbagai
kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temubual, soal selidik,
dan seterusnya
Rumuskan semua isi kandungan kuliah
dan bahan rujukan kepada peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam
portfolio
TUTORIAL
Proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi
kandungan subjek yang disampaikan. Dalam merancang aktiviti mengajar yang
berkesan dan bermakna kepada para pelajar pula, pendidik haruslah memikirkan
terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Pencerapan kelas diertikan sebagai
melihat dan memerhati secara teliti terhadap perkara yang dilihat ( Dr. Ibrahim
Bafadal, 1992). Pencerapan kelas adalah teknik yang digunakan oleh supervisor
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
Tujuannya adalah untuk memperoleh
maklumat data seobjektif mungkin mengenai aspek-aspek dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran, dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam usaha
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan matapelajaran ini
bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan
pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya.
Secara umum. Aspek-aspek yang
diamati dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
1. Usaha-usaha dan aktiviti
guru-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. Cara penggunaan alat bantu
mengajar
3. Reaksi pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
4. Keadaan alat bantu mengajar yang
digunakan
Dalam pelaksanaan pemerhatian
kelas, ianya melalui beberapa tahap peringkat, iaitu,
1. Persiapan pencerapan kelas
2. Pelaksanaan pencerapan kelas
3. Penutupan pelaksanaan pencerapan
kelas
4. Penilaian hasil pencerapan
5. Tindakan lanjut
Penilaian pakar akan melibatkan
penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajarandan
pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar
melibatkan guru matapelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar
pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalahyang dihadapi oleh
pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari
temubual yangdijalankan direkodkan pada senarai semak yang
disediakan. Item-item senarai semak adalah berbezaantara setiap pakar.
Item senarai semak guru mata
pelajaran adalah seperti berikut :-
i. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang.
ii. bahan bantu mengajar yang digunakan.
iii. tugasan yang diberikan kepada pelajar.
iv. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar.
v. pemantauan projek pelajar.
vi. kesesuaian isi
pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.
vii. motivasi di kalangan pelajar berkenaan.
PENCERAPAN KUANTITATIF, KUALITATIF
DAN ANALISA DATA
Menurut Glickman (1998) terdapat
dua cara pencerapan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pencerapan kuantitatif
adalah kaedah mengukur perilaku , gelagat dan objek dalam kelas. Kategori
klasifikasi perlu dikenal pasti terlebih dahulu dan boleh dianalisis
berdasarkan statistik yang dikumpul.
PENCERAPAN KUANTITATIF
Instrumen-instrumen kuantitatif
terdiri daripada,
Categorical Frequency Instrument
Categorical Frequency Instrument
adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti perilaku dan gelagat
yang boleh dikira. Keadaan yang berlaku dalam kelas boleh dikira dari pelbagai
aspek dan keadaan. Sebagai contoh, perilaku guru dalam kelas boleh dibahagikan
kepada lisan dan bukan lisan. Perilaku lisan boleh dipecahkan kepada maklumat
yang diberikan oleh guru, pertanyaan guru, jawapan, pujian dan arahan yang
diberi.
Di samping itu, ianya juga boleh
mengukur kekerapan pertanyaan guru berdasarkan beberapa tahap jenis soalan.
Soalan boleh dipecahkan kepada tujuh kategori sebagaimana Taksonomi Bloom.
Supervisor boleh mengira jumlah dan peratus soalan mengikut jenis-jenis soalan
dikategorikan.
Perilaku setiap pelajar dalam kelas
juga boleh diukur. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama 40 minit, 8
sela perilaku pelajar boleh dilihat. Gelagat setiap pelajar dilihat setiap 5
minit berdasarkan sela yang telah ditetapkan. Dengan kaedah ini, supervisor
boleh melihat secara spesifik setiap perilaku task (pelajar) yang ada dalam
satu kelas.
Performance Indicator Instruments
Performance indicator instruments
merekod sama ada tindakan yang tersenarai dalam borang pencerapan direkod
ataupun tidak. Dalam borang pencerapan juga terdapat ruangan not applicable
(NA). Terdapat juga ruangan catatan/komen yang membolehkan penyelia mencatat
perkara-perkara penting.
Visual Diagraming
Visual diagraming adalah satu
kaedah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan apa yang berlaku di dalam
kelas. Videotaping adalah salah satu cara yang digunakan untuk menunjukkan apa
sebenarnya yang telah berlaku dalam satu kelas.
Cara lain seperti interaksi lisan
antara guru dengan pelajar serta bagaimana guru menggunakan ruang kelas dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Supervisor akan melakarkan interaksi
berkenaan dan boleh melihatnya dan menganalisis kejadian yang berlaku.
ISL
Persediaan Tutorial :
Friday, May 18, 2012
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU - kemahiran mendengar....
Sebelum
guru ditugaskan mengajar di sekolah-sekolah, mereka perlu mendapatkan latihan
yang mencukupi sebagai persediaan agar dapat mengatasi segala permasalahan yang
timbul semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping, membantu
dalam mencapai objektif P&P yang diharapkan. Kaedah, pendekatan dan teknik
merupakan antara faktor yang terpenting dalam ilmu pendidikan khususnya bidang
bahasa. Kaedah
ditakrifkan sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh bertujuan untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada
pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak
bercanggah dengan pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang
terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat secara teratur dan
harus diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan (Mangantar Simanjuntak, 1982:72)
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan
pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan
murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Menurut Currie (1973), menyatakan :
‘ Usually, methods is classified by
the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods,
heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the psilosophy
of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the
teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this
philosophy is realised in actual class lessons.’
1. Kemahiran Mendengar
Dalam
konteks kemahiran lisan, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan
aktiviti perolehan mesej atau maklumat Kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal
jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah
kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).
Seseorang murid yang telah dapat menguasai
kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa
sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada
peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan murid fasih
bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Menurut
ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami
makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk
mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi,
terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan
dan pendengaran.
Menurut
Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan bahawa mendengar
adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa belajar di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam sukatan
pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya
begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Sehubungan
itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus
daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar
yang berkesan perlu ditekankan supaya murid dapat menguasai semua mata
pelajaran ketika di dalam kelas.
Takrif
Kemahiran Mendengar
Kemahiran
mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat
pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama
seperti:
b
– d (badang - padang)
d
– t (datang - tatang)
l
– r (lali - lari)
k
– g (kalah - galah)
Peringkat
kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada
pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk
memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang
berikut:
a) Pengetahuan yang sedia ada pada
pendengar seperti fakta danbudaya bahasa yang didengar serta
bagaimana bahasa digunakan.
b) Pengetahuan tentang situasi
berlakunya pertuturan yang didengar.
c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
Apabila
ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif.
Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu
pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini
menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak
balas selepas mendengar
Proses mendengar sesuatu
yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses
mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama,
mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut,
menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi
tadi.
Matlamat
Kemahiran Mendengar
Murid-murid
didedahkan dengan kemahiran mendengar di sekolah adalah untuk membantu murid
mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat, dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.
Manakala dalam kehidupan seharian, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam
interaksi social, untuk mendapat hiburan, memperoleh maklumat serta penyataan
perasaan dan apresiasi seni.
Justeru,
melalui keMahiran mendengar ini, murid-murid didedahkan dengan memperoleh idea,
mencari isi-isi penting, mengenalpasti makna tersirat dan sebagainya.
Peringkat-peringkat
Kemahiran Mendengar
Terdapat
tiga peringkat dalam kemahiran
mendengar. Pada peringkat awal kemahiran
mendengar, murid akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka
juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan
perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh muridnya
menggayakan gaya seekor itik, maka murid tersebut akan bertindak balas dengan
menggayakan aksi seekor itik mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu,
pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Murid-murid
juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Pada peringkat kedua atau peringkat
pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, murid didedahkan untuk mengecam dan
mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. murid juga diajar
untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai
contoh, guru memberitahu murid tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru
ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta dapat mengetahui
cara-cara untuk menghayati sambutan perayaan atau peristiwa seperti yang
diberitahu oleh guru. Pada peringkat ini juga, murid didedahkan untuk mengenali
sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat.
Peringkat
ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini,
murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah
karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam
karangan tersebut. murid akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap. Selain daripada itu, murid akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang
yang bercakap. murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam
sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar
diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata
tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat
ini juga, murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk
struktur nahu.
Justeru,
sesorang guru yang ingin merancang sebuah bentuk pengajaran dalam kemahiran
mendengar haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip yang telah digariskan
dengan tujuan untuk menyampaikan sebuah engajaran yang lebih efektif. Antara
prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar adalah :
a)
Mendengar
merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati
b)
Proses
mendengar berlaku melalui latihan scara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat
c)
Individu
lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
d)
Aspek
fizikal, psikologi dan nerologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang
e)
Pendengaran
yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan
f)
Mendengar
berlaku melalui proses akal dan bukannya
perasaan
g)
Mendengar
untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu
h)
Mendengar
untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik
i)
Mendengar
untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap
bentuk dan isi.
Faktor – faktor yang mempengaruhi
Kemahiran Mendengar
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa
kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia
dibahagikan kepada beberapa kategori. Namun yang demikian, bentuk-bentuk
kemahiran mendengar ini juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Seseorang itu dapat membuat tafsiran,
mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.
Biasanya murid yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada
mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah
mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.
Salah satu faktor yang mempengaruhi
kemahiran mendengar adalah faktor fizikal.
Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak
dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai
pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam
cacat pendengaran.
Faktor yang seterusnya adalah jantina.
Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman
tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengan mereka.
Yang ketiga adalah status ekonomi.
Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah, pengaruh ahli keluarga serta
interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar
kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Faktor lain juga termasuklah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat
banyak gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi
pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu.
Yang terakhir adalah mental. Kemahiran
mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang
didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak
balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka
mendengar.
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti
terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami mesej yang dibawa oleh
bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu
mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan diingat
membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik
menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat
bertepatan dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui
pengalamannya berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan
idea secara logik dan berkesan.
Friday, January 6, 2012
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI
1
|
Bibir atas
|
11
|
Tengah lidah
|
2
|
Bibir bawah
|
12
|
Belakang lidah
|
3
|
Gigi atas
|
13
|
Akar lidah
|
4
|
Gigi bawah
|
14
|
Epiglottis
|
5
|
Gusi
|
15
|
Pita suara
|
6
|
Lelangit keras
|
16
|
Rongga tekak
|
7
|
Lelangit lembut
|
17
|
Rongga hidung
|
8
|
Anak tekak
|
18
|
Rongga mulut
|
9
|
Hujung lidah
|
19
|
Rahang
|
10
|
Hadapan lidah
|
20
|
tenggorok
|
FUNGSI ALAT
PERTUTURAN
1.
LIDAH
·
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan
paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
·



Lidah terbahagi kepada 4 bahagian




hujung lidah
Tengah lidah
Hadapan lidah
Belakang lidah
·
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat diskripsi
pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah,tengah lidah dan
belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vocal iaitu bunyi vokal
hadapan,tengah dan belakang.
·
Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan
boleh digerakkan di mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
2.
GIGI
·
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi
bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
·
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan
sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran inilah
yang menghasilkan bunyi.
3.
BIBIR
·
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada
bahagian luar ronnga mulut.
·
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan bunyi yang
berbagai-bagai.
·
Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada
rongga mulut.
·
Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut.
4. GUSI
·
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun
dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
·
Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan
dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
5. LELANGIT
·
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu
i.
Lelangit keras
ii.
Lelangit lembut
·
Lelangit
lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
·
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat di turun naikkan untuk menutup atau
membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
·
Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan,ronnga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
6. RONGGA
HIDUNG
·
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan
oleh lelangit.
·
Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup
bergantung kepada keadaan samada anak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak
7. PITA SUARA
·
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok
“halkum” dan amat penting dalam hasilan bunyi.
·
Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput
nipis berkenaaan.
KAJIAN BUNYI
Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada
dua belah paru-paru,kemuian melalui pintu suara seterusnya ke rongga tekak dan
akhirnya keluar terus melalui mulut atau rongga hidung.
1. Semasa
udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut,udara itu mungkin mengalami
gangguan atau sekatan atau mungkin juga tidak mengalami gangguan.
2. Udara
yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan akhirnya didengar
sebagai bunyi.
BUNYI BAHASA DAN BUKAN BUNYI BAHASA.
1. Bunyi
bahasa ialah bunyi-bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia ini.
2. Bunyi
bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
3. Bunyi
bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihaslkan olh alat-alat artikulasi manusia
tetapi sehingga sekarang ia belum dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di
dunia.Contohnya bunyi orang berdehem,bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi
bunatang,sendawa,mendengkur,batuk,dan menggigil.
BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TAK BERSUARA.
1. Sekiranya
semasa udara keluar melalui pintu suara keadaan pita suara (khususnya glottis)
iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi
bersuara.
2. Kalau
keadaan glottis itu renggang,atau terluka,sewaktu udara keluar udara keluar
melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak
bersuara.
CARA BUNYI DIHASILKAN
1. Udara
yang dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melaui ruang tenggorok atau pita sura dan kemudian masuk ke rongga tekak
seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.
2. Semasa
dalam perjalanan ke luer melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara itu
mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain
atau mungkin juga tidak menerima sebarang gangguan.
3. Sekiranya
semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan
pita suara akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
4. Jika
pita suara itu lebih renggang lagi,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita
suara itu tidak bergetar,maka binyi yang terhasil bunyi tidak bersuara.
5. Udara
yang keluar dari pita suara tadi akan masuk akan masuk ke rongga tekak. Dan
dari sini mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut.Lelangit lembut atau
anak tekak akan mengatur laluan udara samaada
ke rongga mulut atau rongga hidung.
6. Kalau
lelngit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung,udara akan
keluar melalui hidung bunyi yang terhasil adalah bunyi sengau.Sekiranya rongga
–rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut.Jadi bunyi yang
terhasil bukanlah bunyi sengau
Subscribe to:
Posts (Atom)