Tuesday, May 21, 2013

BRAINSTORMING...


SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI 

Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Asas kepada sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses penilaian. Aktiviti perlaksanaan sumbangsaran ini perlu dijalankan dengan memfokuskan kepada kuantiti idea-idea baru dan saranan-saranan yang telah disampaikan melalui interaksi sesama pelajar. 

Definisi Sumbangsaran Kaedah sumbangsaran ini juga dikenali sebagai Brainstroming, Perah Otak, Pecah Minda dan Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia tetap merujuk kepada perkara yang sama dan tidak pernah mengubah kandungan pengertiannya. Perah otak ini adalah kaedah yang paling popular digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan. 

Unsur-unsur kreativiti adalah merupakan elemen yang utama kepada teknik perbincangan yang dikenali sebagai kaedah sumbangsaran. Pengasasnya ialah Alex Osborn dan kaedah ini wujud pada awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum secara rasmi pada tahun 1953 melalui bukunya berjudul ‘Applied Imagination’. Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat. Bagi menggalakkan dan merangsangkan pertumbuhan pemikiran kreatif di kalangan pelajar, maka kaedah sumbangsaran adalah di antara kaedah yang berkesan boleh dipraktikkan. Asas kepada kaedah sumbangsaran adalah proses pengasingan penghasilan idea daripada menilai. 

Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini perlulah ditekankan kepada jumlah idea-idea dan saranan yang perlu disampaikan kepada pelajar melalui interaksi di kalangan mereka. Semasa kaedah sumbangsaran dijalankan, guru perlulah bijak melaksanakan dan mengendalikannya agar tiada pelajar yang terlepas dari melibatkan diri mereka. Ini bertujuan untuk menggalakan proses kreativiti berlaku di samping meningkatkan lagi keyakinan pada diri mereka. Pengawalan sesi sumbangsaran yang sempurna juga akan dapat memastikan agar semua idea dan penyelesaian masalah yang dibangkit dan dikemukakan oleh seseorang pelajar itu, tidak akan terbantut. Kadang-kadang penyelesaian masalah yang diberikan mungkin tidak logik. Manakala proses penilaian, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan. Ini bertujuan agar keseluruhan sesi sumbangsaran dapat berjalan dengan lancar. Kecenderungan guru untuk membuat penilaian bagi melihat sejauh mana keberkesanan sesi sumbangsaran yang dilaksanakan sama ada ianya berjaya atau sebaliknya boleh mengganggu keseluruhan sesi ini. 

Prinsip Asas Sumbangsaran Kaedah Sumbangsaran adalah satu sesi perbincangan yang melibatkan satu kumpulan individu. Ketika sesi ini berlaku, penilaian perlu dielakkan bagi memastikan wujud satu suasana yang lebih produktif. Perkara ini dilakukan dengan cara, setiap ahli kumpulan diberikan peluang dan masa untuk mengemukakan sebarang idea. Idea-idea yang diberikan tidak boleh dikritik dan dinilai oleh ahli dalam kumpulannya. Bersandarkan pada amalan-amalan dan definisi yang dinyatakan oleh Rowlinson, beliau menjelaskan kepada kita bahawa kaedah sumbangsaran mengandungi enam prinsip yang utama : 

(a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang di kemukakan oleh ahli-ahli yang lain. 
(b) Tujuan akhir yang hendak diperolehi oleh di dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea. 
(c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala imaginasi yang ada pada diri mereka.
 (d) Semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik. 
(e) Jangka masa yang sesuai bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang berkesan adalah antara 15 minit hingga 30 minit. Lebih lama masa yang digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih. Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif yang disasarkan.
 (f) Aktiviti ini hendaklah dijalankan secara berkumpulan. Untuk sesi sumbangsaran yang baik ahli-ahli kumpulan tidak melebihi daripada lima belas orang. Sekiranya satu sesi sumbangsaran itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak terkawal. 

Matlamat Sumbangsaran Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea sangat bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan. Di samping itu juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan permasalahan yang selama ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya. Pekara yang paling penting dalam aktiviti sumbangsaran adalah mencari dan membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan pada idea-idea yang di terbitkan dan dikemukakan oleh ahli kumpulan. 

Refleksi: Walaupun matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan sebanyak yang mungkin idea-idea dalam jangka masa yang singkat, namun begitu idea-idea yang pelbagai ini perlul diperam, dikembangkan, dibaiki dan digabungkan dengan idea-idea yang lain supaya menjadi lebih praktikal, ekonomi dan berkesan untuk dilaksanakan.

MODEL ASSURE


By Hassan Mohd Ghazali 


Model ASSURE dikenali sebagai media bagi pembangunan instruktur; pilih dan melaksanakan media berdasarkan aktiviti pembelajaran. Ini dibuktikan melalui isu-isu instruktur yang boleh digunakan sebagai bahan media, contohnya keperluan penilaian, analisis tugasan, dan penilaian dalam pembelajaran telah pun diputuskan. Model ini jelas menunjukkan sebuah bentuk linear, maklumat keluar-masuk, dengan keputusan yang utama berdasarkan keputusan dalam menjayakan langkah-langkah tersebut seperti berikut:

1. Karekteristik utama bagi penerima ilmu dan pesaing yg spesifik diperlukan bagi beberapa jenis individu, seperti pengetahuan, kemahiran dan kelakuan.

2. Menyatakan objektif pembelajaran dalam bentuk yang membolehkan pelajar tahu atau mampu untuk melakukannya sebagai keputusan dalam instruktur.

3. Hubungkan pelajar dan objektif dengan memilih bahan yang benar-benar wujud, baik-pulih bahan dalam beberapa keadaan atau mencipta bahan baru.

4. Rancang bagaimana bahan tersebut akan digunakan, mengumpulkan maklumat /bahan yang perlu bersama dan menggunakan maklumat/bahan tersebut mengikut perancangan yang diatur.

5. Gunakan pelbagai aktiviti dan masa bagi latihan yang mencukupi serta menguatkan prestasi.

6.Spesifikkan penilaian dalam aspek pencapaian pelajar, penilaian bagi bahan-bahan media dan bahan dan penilaian keseluruhan proses instruktur iaitu sebelum, semasa dan selepas instruktur.

PENGENALAN RUBRIK



>> PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
By Hassan Mohd Ghazali  


Pengenalan Rubrik Rubrik adalah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain. 
Rubrik membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. 
Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya /mengajar. Integrasi prestasi dan maklum balas yang disebut "penilaian berlangsung." Semakin, jurulatih yang mengandalkan rubrik untuk menilai prestasi murid cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar pada saat tugas dibuat. Flash Pamela menyatakan bahawa "Apabila pelajar tahu tentang grading kriteria dari awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju maju." 
Selain membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan dengan isi kursus, sebuah shared-rubrik dapat meningkatkan kuasa pelajar dalam kelas, melalui transparansi. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah guru menghabiskan masa penilaian pekerjaan. Rubrik umumnya dianggap dapat mempromosikan penilaian lebih konsisten dan mengembangkan kemahiran penilaian diri pada pelajar apabila mereka memantau prestasi mereka relatif terhadap rubrik.
 Namun, rubrik ini bukan tanpa kritik mereka yang bimbang bahawa rubrik tidak pernah dapat benar-benar menangkap kompleksitas pekerjaan bertulis. Jika rubrik harus kepada, mereka harus menangkap semua tujuan yang sebenarnya dari sebuah tugas.

 Ciri-ciri umum berikut rubrik dapat dibezakan,
 menurut Bernie Dodge dan Nancy Pickett : Tumpuan pada pengukuran tujuan lain (prestasi, perilaku, atau kualiti) Menggunakan rentang untuk menilai prestasi Mengandungi ciri-ciri prestasi tertentu ditetapkan dalam tahap yang menunjukkan sejauh mana standard telah dipenuhi. 
Rubrik Scoring merangkumi satu atau lebih dimensi yang prestasi undian, definisi dan contoh-contoh yang menggambarkan sifat (s) telah diukur dan skala rating untuk setiap dimensi. Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala penilaian sebagai peringkat, dan definisi sebagai deskriptor. 
Herman, Aschbacher, dan Winters membezakan unsur-unsur berikut dari sebuah rubrik skor : Satu atau lebih ciri-ciri atau dimensi yang bertugas sebagai asas untuk mengadar respon pelajar Definisi dan contoh-contoh untuk memperjelas makna dari setiap sifat atau dimensi Skala nilai yang masing-masing untuk mengadar dimensi . 

Standard keunggulan untuk tahap prestasi yang ditetapkan disertai dengan model atau contoh-contoh dari tiap level Sejak 1980-an, banyak rubrik disajikan dalam format grafik, biasanya tempat.Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan kecekapan dari grid di atas, katakanlah, senarai berasaskan teks kriteria

KEMAHIRAN PEBELAJARAN SENI VISUAL



Thursday, April 4, 2013

EMOSI GURU DAN MURID



EDU 3109 - HAK ASASI KANAK-KANAK


M11


Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid
(2 jam)


Ø Tanda-tanda awal gangguan emosi
Ø Langkah-langkah menangani gangguan
Ø emosi
Ø Hak Asasi kanak-kanak



Bab 3    :                    Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

1)    Pengenalan;

·           Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
·           Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
·           Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
·           Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satuatau lebih karasteristik oleh murid-murid. kamus dewan bahasa dan pustaka telahmemberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibatkonflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama adamelalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapatditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosiyang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual,kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguanemosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yangmenyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkanpelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. gangguan emosi adalah satuperkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka akan mengalami gangguanemosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

2)    Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi

Aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
Ø semangat setiakawan
Ø keramahan
Ø sikap hormat-menghormati


Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
·         Kecemasan dan marah
·         Sukar tunjukkan emosi tertentu
·         Alami kesulitan
·         Konflik 


3)         Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;

i.              gangguan emosi ringan
 
ii.            gangguan emosi sedarhana
     
iii.            gangguan emosi berat




 4)    Punca Gangguan Emosi;

·         Persekitaran sekolah
·         Gaya pengajaran guru
·         Peristiwa dalam keluarga
·         Pengaruh keluarga
·         Pengaruh rakan sebaya
·         Tindakan guru





 5)    Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut;

·         tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
·         selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
·         sentiasa kelihatan letih
·         kerap sakit perut
·         mudah diserang penyakit
·         duduk dalam keadaan yang tidak selesa
·         pencapaian akademik yang semakin merosot
·         sering berasa cemas, takut dan benci
·         konsep kendiri yang lemah
·         bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
·         suka bergaduh
·         kerap berbohong
·         bertindak liar untuk menarik perhatian

·         tindak balas kurang matang
·         membela diri secara tidak menentu
·         menunjukkan perasaan dengki
·         mengkritik secara keterlaluan
·         suka termenung atau berkhayal



6)    Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi

·         Peranan ibu bapa
·         Tindakan guru
·         Gaya pengajaran
·         Kepimpinan guru
·         Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
·         Penerapan nilai
·         Suasana ceria
·         Penerangan jelas


7)
    Hak Asasi Kanak-kanak;

Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
Ø   semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
Ø  kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
Ø   orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø   tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.


   Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;

·         untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·         untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·         untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·         untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·         untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·         untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·         untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·         untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
·         untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.



Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;

·               Perkara 2               :           tiada diskriminasi
·               Perkara 3               :           diberi pelindungan
·               Perkara 6               :           hak untuk hidup
·               Perkara 13                        :           kebebasan bersuara
·               Perkara 19                        :           diberi peruntukan undang-undang
·               Perkara 23                        :           menikmati kehidupan
·               Perkara 28                        :           Hak pendidikan
·               Perkara 29                        :           halatuju pendidikan
·               Perkara 30                        :           hak dalam komuniti
·               Perkara 32                        :           dilindungi dari segi ekonomi
·               Perkara 34                        :           tiada eksploitasi



      Hak kanak-kanak               :           Seksyen 17

·         Dilindungi dari segi fizikal
·         Tada penganiayaan
·         Pergaulan yang sihat
·         Hak kesihatan
·         Kemudahan bekalan makanan
·         Elak penderaan emosi

Thursday, February 14, 2013

MASALAH SEMASA MEJALANKAN KERJA-KERJA PENTADBIRAN SEKOLAH




Pentadbiran dan pengurusan di sekolah adalah berkait dengan bidang kepemimpinan. Guru besar adalah orang yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas dalam bidang pentadbiran di sekolah. Guru besar adalah pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Sebagai seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan, maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya. Pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Konsep sesebuah pentadbiran, tidak akan lari daripada aspek kesepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama, maka pentadbiran dalam erti kata sebenar tidak akan berlaku di sekolah.

          Namun, sebagai orang bertanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus di sebuah organisasi sekolah pastinya mempunyai cabarannya dan berhadapan dengan pelbagai masalah semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran di sekolah. Masalah yng dihadapi biasanya meliputi banyak aspek dan faktor dibawahnya. Sebagai seorang pentadbir, dia perlu tahu semua perkara yang yang berlaku di sekolah dan bertanggungjawab untuk semua hal yang berlaku. Masalah yang biasa dihadapi oleh golongan pentadbir termasuklah disiplin guru yang berada dibawahnya, masalah keselamatan, perjalanan kewangan sekolah, kemudahan dan infrastruktur, PIBG dan lain-lain lagi.

          
Masalah yang melibatkan guru biasanya adalah masalah seperti guru yang datang lewat ke sekolah atau enggan dan lambat masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran. Walaupun telah beberapa kali ditegur oleh guru besar dan pihak pentadbir, masalah tersebut tetap berulang. Ia menjadi cabaran kepada guru besar dan pihak pentadbir untuk melaksanakan pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi.

          Daripada aspek keselamatan, ada sesetengah sekolah yang mengalami masalah histeria dalam kalangan murid dan sekolah akan berhadapan dengan masalah keselamatan yang kritikal. Ini disebabkan oleh ada dalam kalangan murid yang diserang histeria yang berada dalam keadaan separa sedar bertindak luar jangka. Lebih menakutkan, mereka yang mengalami histeria cuba untuk mencederakan diri seperti memecahkan cermin tingkap, mengamuk dan ada juga yang cuba untuk terjun dari bangunan tinggi. Rentetan itu, golongan pentadbir perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselematan muridnya selagi murid tersebut berada dalam kawasan sekolah.

          Masalah seterusnya adalah melibatkan faktor kewangan, kadangkala kemasukan wang yang sepatutnya diterima daripada kerajaan lambat masuk ke akaun sekolah dan menyebabkan sekolah mempunyai sumber kewangan yang terhad. Misalnya peruntukan bantuan kewangan perkapita bagi mata pelajaran. Kelewatan ini amat menyukarkan pihak sekolah terutamanya apabila sekolah menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan luar sekolah seperti di peringkat zon, daerah atau negeri. Pihak sekolah terpaksa menggunakan sumber wang yang terhad dan terpaksa menggunakan kewangan daripada pihak PIBG. Lebih meruncingkan apabila, pihak PIBG juga tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Justeru, tanpa sumber kewangan yang baik dan mencukupi, adalah amat sukar untuk melaksanakan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti yang disarankan.

          Masalah seterusnya adalah aspek intrastruktur pula, di Malaysia ini, masih banyak sekolah yang berhadapan dengan masalah kekurangan bilik darjah tertutamanya sekolah-sekolah yang telah lama dibina. Dengan pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun, menyebabkan bilangan murid di dalam sesebuah kelas semakin padat dan amat sukar untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif. Lantas, ada kelas yang akan ditempatkan secara kekal di perpustakaan, makmal sains, makmal bahasa dan bilik-bilik lain di sekolah. Ia secara tidak langsung telah menafikan fungsi utama bilik-bilik khas tersebut. Masalah seperti ini lah yang menjadi cabaran kepada para pentadbir sekolah untuk menyediakan satu kemudahan dan infrastuktur yang sesuai dan mencukupi untuk pihak sekolah.

          Masalah yang dihadapi oleh golongan pentadbiran sekolah kadang kala turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG adalah organ penting kepada sesebuah sekolah yang berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan pelbagai isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum, dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembanguan murid dan sekolah. Ini turut melibatkan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Namun masalah akan timbul apabila berlaku perbezaan pendapat di antara PIBG dan pihak pentadbir sekolah. PIBG dan sekolah itu sendiri mempunyai perancangan yang berbeza dan inginkan yang terbaik untuk kemajuan sekolah. Menjadi masalah dan timbul kekangan kepada pihak pentadbir sekolah untuk memenuhi semua permintaan PIBG apabila PIBG itu sendiri kurang faham tentang keadaan sekolah yang dinaunginya. Ada sesetengah sekolah yang PIBG tidak member kerjasama yang baik kepada sekolah sebaliknya membantah keputusan guru besar dan kadangkala mendesak pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu program atau apa yang telah dirancang PIBG.

          Kesimpulanya, penentu kepada kejayaan pentadbiran sekolah bukan hanya berlandaskan teori sahaja, tetapi kesemuanya berasaskan kepada kebijaksanaan guru besar itu sendiri dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Mencari punca masalah dan menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca yang dikenalpasti adalah penting. Sebagai sorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah, dan murid yang berkesan. Guru besar adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Jika guru besar suudah tidak mempunyai kreadibiliti dan karisma yang tinggi, maka suasana sekolah akan turut pincang. Sekolah adalah merupakan ‘duta wawasan’ yang merupakan sebuah negara kecil yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat mentaati dan menghargai di antara satu sama lain. Dengan wujudnya sifat kepipinan yang berkesan maka pengurusan dan petadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.