Friday, January 6, 2012

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSI




1
Bibir atas
11
Tengah lidah
2
Bibir bawah
12
Belakang lidah
3
Gigi atas
13
Akar lidah
4
Gigi bawah
14
Epiglottis
5
Gusi
15
Pita suara
6
Lelangit keras
16
Rongga tekak
7
Lelangit lembut
17
Rongga hidung
8
Anak tekak
18
Rongga mulut
9
Hujung lidah
19
Rahang
10
Hadapan lidah
20
tenggorok




FUNGSI ALAT PERTUTURAN

1.     LIDAH
·         Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
· 
Lidah terbahagi kepada 4 bahagian                 

hujung lidah
                                                                               
Tengah lidah
                                                                               
 Hadapan lidah
                                                                                
Belakang lidah

·         Pembahagian ini membolehkan lidah membuat diskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah,tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vocal iaitu bunyi vokal hadapan,tengah dan belakang.
·         Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan di mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

2.      GIGI 
·         Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
·         Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran inilah yang menghasilkan bunyi.

3.     BIBIR
·         Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar ronnga mulut.
·         Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
·         Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.
·         Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

4.      GUSI
·         Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
·         Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

5.      LELANGIT
·         Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
                                                  i.      Lelangit keras
                                                ii.      Lelangit lembut
·          Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
·         Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat di turun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
·         Apabila dinaikkan rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan,ronnga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

6.      RONGGA HIDUNG
·         Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.
·         Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan samada anak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak

7.  PITA SUARA
·         Pita suara terletak dalam ruang tenggorok “halkum” dan amat penting dalam hasilan bunyi.
·         Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaaan.








KAJIAN BUNYI





Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada dua belah paru-paru,kemuian melalui pintu suara seterusnya ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui mulut atau rongga hidung.
1.      Semasa udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut,udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin juga tidak mengalami gangguan.
2.      Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

BUNYI BAHASA DAN BUKAN BUNYI BAHASA.
1.      Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia ini.
2.      Bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
3.      Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihaslkan olh alat-alat artikulasi manusia tetapi sehingga sekarang ia belum dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia.Contohnya bunyi orang berdehem,bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi bunatang,sendawa,mendengkur,batuk,dan menggigil.

BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TAK BERSUARA.
1.      Sekiranya semasa udara keluar melalui pintu suara keadaan pita suara (khususnya glottis) iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.
2.      Kalau keadaan glottis itu renggang,atau terluka,sewaktu udara keluar udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

CARA BUNYI DIHASILKAN
1.      Udara yang dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melaui ruang tenggorok atau pita  sura dan kemudian masuk ke rongga tekak seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.
2.      Semasa dalam perjalanan ke luer melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak menerima sebarang gangguan.
3.      Sekiranya semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan pita suara akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
4.      Jika pita suara itu lebih renggang lagi,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita suara itu tidak bergetar,maka binyi yang terhasil bunyi tidak bersuara.
5.      Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk akan masuk ke rongga tekak. Dan dari sini mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut.Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur laluan udara samaada  ke rongga mulut atau rongga hidung.
6.      Kalau lelngit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung,udara akan keluar melalui hidung bunyi yang terhasil adalah bunyi sengau.Sekiranya rongga –rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut.Jadi bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau  

FONOLOGI DAN FONETIK



BIDANG FONOLOGI DAN FONETIK






BIDANG FONOLOGI

v  Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu aspek yang terpenting da dalam bahasa, iaitu bunyi.
v  Bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
v  Bidang ini juga umumnya disebut sebagai ‘fonemik’ atau functional phonetic.
v  Tugas bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan, dan mengelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.


BIDANG FONETIK

v Bidang fonetik mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
v Bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.
v Bunyi yang menjadi tumpuan ialah bunyi yang digunakan untuk bertutur, iaitu bunyi-bunyi bahasa sahaja. Sememtara bunyi-bunyi bukan bahasa seperti dehem,siulan, sendawa, dengkuran, dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.



FONETIK  ARTIKULASI
·         Bidang fonetik yang mengkaji tentang bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.
·         Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang dikeluarkan daripada paru-paru, kemudian melalui pita suara yang berfungsi menentukan keadaan bunyi itu samaada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya. Kemudian udara itu melalui rongga tekak, rongga mulut atau hidung untuk mewujudkan ‘gema’. Bunyi itu kemudiannya mengalami berjenis-jenis gangguan yang dilakukan oleh alat-alat  artikulasi di rongga mulut bagi menghasilkan jenis-jenis bunyi yang berlainan.
·         Berdasarkan cara pengeluaran, terdapat beberapa jenis-jenis bunyi seperti letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain di dalam bahasa melayu.

FONETIK AKUSTIK
·         Kajian fonetik yang berkaitandengan sifat atau hakikat bunyi tersebut.
·         Sifat fizikal yang dimaksudkan ialahgelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram, dan osiloskop. Antara sifat yang di beri perhatiandalam kajian fonetik akustik termasuklah, nada, frekuensi, dan amplitid.
·         Getaran ini ada hubungan dengan kekerapan terbuka dan tertutupnya, pita suara. Semakin banyak kali pita suaraitu terbuka dan tertutup, semakin tinggi frekuensinya dan semakin nyaring suara atau bunyi yang kedengaran.

FONETIK AUDITORI
·         Kajian yang berkatan perdengaran terhadap-hadap bunyi yang dihasilkan
·         Cabang ini mengjaji tentang cara bunyi bahasa ditanggap oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemah oleh otak.
·         Proses ini adalah, proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.



Thursday, January 5, 2012

Kaedah Terus


Kaedah Terus  - Kemahiran Mendengar

 


            Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Selain itu kaedah terus mempunyai persamaan dengan kaedah askar dan diplomat semasa Perang Dunia Kedua.   Tujuan kaedah ini adalah membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam mesyurakat dan persekitarannya. Kaedah ini juga sangat sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa kedua dan boleh disampaikan melalui empat asas iaitu (i) perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; (ii) pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; (iii) harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan (iv) pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Kebaikan Kaedah Terus

Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka dan tidak menggunakan terjemahan. Pengajaran secara terus membantu memudahkan pencapaian murid-murid dan mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu secara aktif seterusnya membolehkan mereka bertutur dengan cepat, lancar dan fasih.

Kelemahan kaedah Terus

Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam menyampaikan makna perkataan terutama sekali  perkataan-perkataan yang abstrak. Oleh yang demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya. Selain itu, kelemahan kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid lantas menimbulkan kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk bahan-bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan. Justeru, kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk perkembangan kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi manfaat atau faedah kepada murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.

Teknik dan Penyampaian Kaedah Terus

Proses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati dijadikan model dan pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya, murid Melayu akan bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu supaya mereka dapat memahami serta mempelajari istilah serta perbendaharaan kata yang betul.
Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh murid akan diperjelaskan oleh guru dengan cara (i) mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat dengan gambar , rajah-rajah, lukisan dan sebagainya ; (iii) menggunakan perkataan-perkataan seperti atau yang berlawanan ; (iv) dengan menggunakan aksi atau lakonan (khusus pada kata kerja); (v) dengan cara memberikan huraian atau bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya dalam ayat-ayat dan sebagainya.
Proses berikut adalah pelajaran tatabahasa diajar secara induktif. Pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga murid-murid dapat menguasainya. Kemudian, bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang berkaitan dengan latihan lisan yang ingin dilaksanakan.

Pengaplikasian Kaedah Terus dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang dibina, kaedah terus merupakan kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti ini. Seperti sedia maklum kaedah terus membantu penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas iaitu  
(i) perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya; 
(ii) pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; 
(iii) harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan 
(iv) pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.


Menerusi langkah 1, kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah ini guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai ‘ Suasana Kampung’ .Kemudian, murid diberi peluang menceritakan pengalaman mereka berada di kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi :
·         Apa yang anda dapat lihat ketika berada di kampung?
·         Apakah perasaan anda ketika pulang kekampung?

Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal untuk digunakan dalam aktiviti ini.

            Dalam langkah dua  turut menggunakan  kaedah terus yang mana murid diminta membaca teks tentang suasana kampung. Setelah selesai membaca, murid yang memegang gambar atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas yang telah disediakan. Disini, pemegang gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang dipegang mengikut kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan aktiviti ini jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

KEPELBAGAIAN PELAJAR


Pengenalan

            Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas  kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun  bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.

            Sebagai seorang guru, adalah penting untuk  mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar  atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas.

k� R r i `�| P{ perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran tersendiri dalam sesi P&P. Beliau juga membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang-orang Rom terdahulu dengan membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang perundangan dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi P&P. Di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs Baker menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan daripada Mr Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik beratkan dalam bilik darjah beliau. Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain arahan dalam sesi pembelajaran tetapi apa yang kita boleh lihat disini ialah, beliau lebih menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada pelajar dan bukan kepada penekanan konsep “curriculum differentiated” dan “differentiated instruction”. Oleh itu, guru ini juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal mengaplikasikan konsep kepelbagaian.



Manakala, guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian pelajar dalam sesi P&P beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan, daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses P&P lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajar-pelajar tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau memberikan penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran seperti ini, proses P&P akan mencapai objektif pembelajarnnya.

Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya akan tercapai sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses P&P berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat tersebut dan berusaha untuk mempelbagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.

Kesimpulannya, kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan penyelesaiannya dengan menggunakan kepelbagaian cara pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini supaya, pelajar terlibat secara aktif dalam proses P&P dan tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. 


Analisis artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction by Carol Ann Tomlinson


Analisis artikel ; Mapping a Route Toward Differentiated Instruction 
by Carol Ann Tomlinson
 


Artikel yang dipilih ini bertajuk ‘Mapping a Route toward Differentiated Instruction”.Artikel ini ditulis oleh Carol Ann Tomlinson dan dihasilkan pada tahun 1999. Beliau merupakan seorang Professor dari Universiti Virginia, Charlottsville dan beliau juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di universiti tersebut.

Artikel dalam kajian ini menekankan tentang kepentingan mengaplikasikan kepelbagaian kurikulum (differentiated curriculum) dan kepelbagaian cara atau arahan (differentiated instruction) dalam sesi pengajaran dan pengajaran supaya hasil pembelajaran dapat diperolehi dan prestasi pembelajaran dapat dipertingkatkan.

Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses P&P mencapai objektif pembelajaran dengan memberikan tiga situasi pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau menerangkan satu persatu cara P&P yang diambil oleh tiga guru tersebut dan kemudiannya, membuat perbandingan antara satu sama lain.

Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh tiga guru yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat dengan jelas perbezaan cara P&P yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya perlu ditekankan dalam supaya proses P&P mencapai objektifnya.

Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan proses P&P beliau dengan mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal semasa peperiksaan. Daripada senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama ini lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau. Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa adanya konsep kepelbagaian samada kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tidak akan tercapai.

Dalam senario kelas kedua, iaitu dalam kelas Mrs Baker, beliau mengajak pelajar untuk terlibat dalam perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran tersendiri dalam sesi P&P. Beliau juga membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang-orang Rom terdahulu dengan membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang perundangan dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi P&P. Di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs Baker menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan daripada Mr Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik beratkan dalam bilik darjah beliau. Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain arahan dalam sesi pembelajaran tetapi apa yang kita boleh lihat disini ialah, beliau lebih menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada pelajar dan bukan kepada penekanan konsep “curriculum differentiated” dan “differentiated instruction”. Oleh itu, guru ini juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal mengaplikasikan konsep kepelbagaian.

Manakala, guru yang terakhir iaitu Ms Cassel, menekankan konsep kepelbagaian pelajar dalam sesi P&P beliau. Beliau bijak mencari dan mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan, daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses P&P lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajar-pelajar tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau memberikan penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran seperti ini, proses P&P akan mencapai objektif pembelajarnnya.
Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya akan tercapai sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses P&P berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat tersebut dan berusaha untuk mempelbagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya.

Kesimpulannya, kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan penyelesaiannya dengan menggunakan kepelbagaian cara pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini supaya, pelajar terlibat secara aktif dalam proses P&P dan tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan.