Friday, February 25, 2011

PENDEKATAN APRESEASI DAN KRITIKAN SENI ~ PENDEKATAN SECARA LOGIK

Vincent Van Gogh
The Starry Night
1889
Oil on canvas 29” x 36/4”

“The Starry Night” hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut..

apa yang dapat dilihat melalui catan ini ialah:

- suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran.

-Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah.

-Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan begitu aman.

-Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan.

Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda.

- Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.

Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak.

Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusar.
Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat.
Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.
Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya “ Starry Night” ini dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman.
Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada sestengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik.

TAMAT

Friday, February 18, 2011

Franz Cizek

Franz Cizek, bapa kepada pengertian seni kanak-kanak juga merupakan orang pertama menggunakan praktis model penyampaian pengajaran. Cizek, seorang pelajar seni dari Austria telah membuat pemerhatian kepada lukisan kanak-kanak di Vienna dan penduduk asli Bohemia hanya untuk menyelidik bahawa setiap kanak-kanak menunjukkan kesamaan minat. Beliau telah menunjukkan bahan kajian yang diperolehi iaitu lukisan kanak-kanak tersebut, kepada rakan ekspresionis yang sealiran dengannya sebagai bukti tentang fakta beliau yang mengatakan ciptaan kanak-kanak berkembang mengikut undang-undang alam dan persekitaran. Cizek merupakan sebahagian daripada keluarga Vienna Sezession yang diketuai oleh Gustav Klimt yang menumpukan pada kesenian dan sikap pergerakan selain kaedah akedemik dalam pengajaran seni. Selepas membuat beberapa percubaan, beliau mendapat kelulusan untuk mendirikan sebuah kelas seni anak muda untuk kanak-kanak pada tahun 1903 dengan memegang kepada falsafah " let the child create".

1.1 Penglibatan dalam bidang seni

Dalam pemerhatian yang dijalankan oleh Herbet Read, beliau ada menyentuh berkaitan dengan teori yang diutarakan oleh Frank Cizek.

Frank Cizek merupakan pelopor kepada seni melalui pemikiran kanak-kanak. Read merujuk kepada hujah yang cuba ditegakkan oleh Frank Cizek tentang kanak-kanak hanya dilihat sebagai bahan remeh untuk dikerah. Menurut pengetua sekolah dalam kajian yang dilakukan oleh Frank Cizek berkata,

" to face their own future with equanimity" (viola, 1936, p.6)

Beliau menegaskan bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Frank Cizek pernah mencapai sasaran seperti yang pernah dikatakan oleh beliau. Namun, apa yang diperolehi oleh Frank Cizek layak untuk dipandang serius. Kaedah yang diasaskan oleh Cizek adalah langkah contoh pengajaran seni yang efektif dan patut dikaji secara terperinci. Namun, ia bukanlah satu kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran aktiviti seni Visual di dalam kelas.

S. B. Malvern mengulas cizek sebagai ;

" what he rejected was the conventional and academic notion of the teacher as a possessor of some wisdom to be transmitted to the child whosw mind was, as it were, a 'tabula rasa' awaiting the inspiration of prior and predetermined knoeledge. In particular his teaching method emphasized working from imagination and memory. By using verbal description of stories, Cizek promoted the child's imagination and resourced the child's internal image"

(Malvern, 1995)

Dalam contoh ini, Cizek menyuruh kanak-kanak supaya berfikir dan menggambar sesuatu hanya mengunakan minda untuk membayangkan sebuah cerita. Untuk mendapatkan kesan dan pemerhatian balas mereka sendiri yang akan membuka pandangan perpekstif seseorang, yang mana dapat merakamkan perbezaan kemungkinan peranan permukaan, garisan, cahaya, dan ton. Dalam kajian ini, Cizek tidak memberitahu kepada kanak-kanak tersebut bagaimana lukisan mereka sepatutnya kelihatan.

Cizek berpendapat, nasihat atau kata-kata lembut lebih berhasil berbanding arahan atau kata-kata yang kasar. Cizek tidak menunjukkan karya yang sebenar, ladi karya dapat ditiru dan dia menunjukkan contoh bukan seni seperti daripada pengkarya terkenal yang menunjukkan cara bagaimana seseorang dapat meluahkan cerita dalam kaedah penyembahan secara tampak. Sementara itu, di dalam studio dimana guru terus mentelaah dan memerhati cara kanak-kanak melukis dan cara kanak-kanak membentuk binaan, dapat diperhatikan bahawa setiap kanak-kanak amat gembira dan aktif.

Dengan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pelajar tidak bermakna Cizek mahu mengenepikan peranan dan tanggungjawab guru. Kesannya, dia telah berjaya mencipta satu pendekatan berbeza dalam menyelesaikan masalah pengajaran untuk dirinya.

Jika guru memandang dari sudut ilmiah yang mementingkan perincian dan peraturan dalam menyampaikan ilmu, sesetengah perkara mungkin akan akan mengundang satu perbezaan skala jarak pandangan seseorang yang akam memaksa kita membetulkan dunia. Tanpa penndedahan dengan dunia luar atau contoh hasilkerja yang lain, kanak-kanak mampu melukis berdasarkan pengalaman,pemahaman perasaan mereka sendiri dan apa yang membuatkan mereka dekat dengan apa yang mereka ingin lukiskan.

Petikan " child has his own handwriting " (Viola, 1936, p22) muncul apabila kanak-kanak ingin mengetahui sesuatu, apabila kanak-kanak merasa tidak terbatas atau apabila mereka mengesan satu pehubungan kepada sesuatu. Untuk meransang pemikiran ini, Cizek mengatakan bahawa seorang guru harus mendengar dan menerima pandangan kanak-kanak, berbincang hasil kerja mereka bersama, membiarkan mereka menerangkan apa yang mereka lakukan, dan menghargai cara mereka menghasilkan karya, dan memuji hasil seni mereka. Cizek memahami bahawa bagaimana penerokaan media boleh meransang penulisan kanak-kanak, dan beliau sedar pentingnya kita meneliti hasil kerja kanak-kanak pada dinding atau meja. Hasil kerja yang dipamerkan dapat mempengaruhi pernyataan luar seorang kanak-kanak, mencadangkan bagaimana cara kita menilai sesuatu dan menzahirkan perasaan belas kasihan kita, had pengetahuan dan minat yang dilakar dalam hidup, dan menunjukkan apa yang pemerhatian dapat menyempurnakan daripada dasar.. hasil kerja kanak-kanak dapat mengeratkan kita, tekun dan peka.

Cizek menambah bahawa kanak-kanak sentiasa berbincang mengenai dunia visual, membuat imej dan menjelmakan dalam seni. Itu merupakan satu peluang untuk mendengar kanak-kanak bercerita tentang pengalaman mereka tanpa perlu menjelajah ke atas mereka. Dengan memberi perhatian kepada pertubuhan, arah, niat, kesedaran, gubahan, bentuk, sensitivity, imaginasi, penghargaan, dan isu pembangunan lain yang timbul dalam perbincangan, kanak-kanak tersebut akan belajar dengan sendiri bagaimana mengucapkan dengan jelas bahasa seni ketika menajamkan persepsi, kelakuan emosi, dan kemahiran ekspresi mereka.

Bagi Cizek, " skill can be hindrance to the creative in art " (viola, 1936, p37) Dengan tiada pengawalan, idea, halan penyesuaian idea dan mencipta melalui kejahilan boleh menjadi prestij dalam memajukan diri. Kejahilan kanak-kanak terhadap seni, dapat menggali keluar perkara luar biasa, ia menjadi pemangkin kesan, dan membuat satu imej baru, bunga dan pokok yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dan menjelmakan siku dan kaki yang canggung yang memuliakan hasil kerja seni. Perkara yang paling nipis dan samar menurut Cuzek mampu membawa kearah kemunculan ajaib. Apa yang terlindung dari penglihatan mungkin dapat menghasilkan sebuah hasil kerja yang luar biasa dalam seni kanak-kanak. Ia merupakan penglibatan peranan kognitif secara serius.

"expression is an activity of which there is no technique" (Collingwood, 1956, p111)

Teknik dan proses adalah kurniaan dan digubah bentuk oleh pertayaan yang menyeluruh dan kukuh.

1.1.1 Cizek dan ekspresi kesenian kanak-kanak

Dalam kajiannya, Cizek telah menggalakkan kanak-kanak untuk menghadirkan dalam bentuk visual tentang reaksi peribadi mereka mengenai apa yang berlaku dalam hidup... namun itu bukan la sasarannya dalam membangunkan seorang pengkarya. Dia mendapat yang diimpikan melalui pepbangunan teori kreativiti tang dijumpainya dalam diri kanak-kanak dan dia dapat merasakan ianya tumbuh mengikut keselarasan pada undang-undang alam. Kepercayaan sezaman tentang kanak-kanak, mendapati bahawa sesuatu perkara adalah berkemampuan menlahirkan secara peribadi. kreatif, dan nilai terima berkembang bermula dari apa yang ditunjukkan beliau di Vienna. Tidak mampu berkembang dan menjadi pedagogi sepadan agar ideanya dapat dipraktikkan. Kesannya dalam bidang seni yang kurang arahan dan disiplin yang terlalu terbuka menjadi kacau bilau dan huru hara. Bila kanak-kanak dibiarkan kepada persekitaran bebas di sekolah, tanpa ransangan dan bimbingan daripada guru, output pengajaran agak minimum. Pengajaran yang optimum, dapat digalakkan apabila ekspresi individu dan kreativiti diseimbangkan dengan struktur bermakna dan dibimbing oleh guru yang prihatin.

Konsep seni kanak-kanak yang dicipta oleh Frank Cizek di Vienna, adalah berdasarkan kepada prinsip pengajaran Rouseau dan Froebel. Cizek percaya bahawa imaginasi kanak-kanak, pertimbangan dalaman, dan memori adalah cukup untuk mendorong kanak-kanak melukis.

Lalu dia menolak peniruan, dan menyalin dari mana-mana sumber termasuklah alam semula jadi.

" all copied thing are worthless" itulah tanggapan Cizek.

Daripada pandangan seorang kanak-kanak ini, Cizek percaya bahawa pengucapan diri dan kreativiti dapat menggalakkan tanpa gangguan daripada pengaruh dewasa dan teknik pengajarannya kepada kanak-kanak sepatutnya " not to Teach" (malvern, 1995). Progresif pergerakan pendidikan sekitar awal tahun 1900an menerima teorinya dan menentang latihan menyalin yang dipercayai tiada nilai pendidikan dan hanya akan menyekat perkembangan potensi kreatif kanak-kanak.

Lowenfeld dan Cizek mengerti sebuah percubaan kanak-kanak untuk melukis secara semula jadi akan menolak kemampuan artistik mereka. Cizek percaya tang kanak-kanak sekitar umur 8 atau 9 tahun menjadi rapat dengan persekitaran dan apa yang sering berlaku di sekeliling mereka. Mereka akan mula kehilangan kemurniaan mereka dalam seni dan bakat keativiti mula menyusut. Mereka mula membina konsep skema dan diulang-ulang. Objek yang dilukis akan kerap dipadam bagi mendapatkan gambaran benda yang sebenar.

LATIFF MOHIDIN



ANAK kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi telah memperlihatkan bakat seninya. Sewaktu berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak. Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.

Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman

Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.

1.1 Penglibatan Dalam Bidang seni

Dalam perjalanan dalam tahun-tahun 1960-an inilah Latiff mulai menghasilkan beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal iaitu “Sungai Mekong” yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama.

Latiff mencipta dalam satu era pembangunan dan modenisasi yang telah bebas daripada tekanan pentadbiran kolonial dan justeru suasana yang begini memberikannya lebih banyak perhatian terhadap masalah pertumbuhan peribadi daripada masalah sosiopolitik. Latiff ialah penulis yang tumbuh dengan pendidikan moden yang liberal dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam.

Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan” di dalam puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai. Latiff tidak menampilkan benda dan unsur tersebut dengan terperinci sebagai gambar yang mati. Beliau berusaha melampaui garis kenyataan dengan tenaga imaginasinya serta melihat pelbagai kemungkinan getar peristiwa yang wujud di sebalik benda-benda dan unsur-unsur alam tersebut.

Latiff dapat dianggap sebagai penyair yang banyak mengelakkan diri daripada memperkatakan masalah politik dan kemasyarakatan dalam puisinya. Latiff lebih gemar mendekatkan dirinya kepada alam dan tata jalur kejadiannya. Dalam puisi-puisinya boleh ditemui suara hatinya sebagai seorang pengembara yang mencari erti kehidupan dan yang selalu ingin menyebatikan jiwanya dengan anasir-anasir alam. Di samping membawa kelainan tema pengucapan Latiff yang segar, dapat disamakan dengan kesegaran sebuah lukisan, penuh aneka palitan warna dan tafsiran.

Sungguhpun demikian Latiff cukup mengerti dan toleran terhadap “kesusasteraan yang komited” yang menjadi ciri penting dalam suasana kreatif di Malaysia. Diksi puisinya daripada bahasa dan kata-kata biasa yang diolah sepenuh dan sedapat mungkin bagi pengucapan isi jiwa dan fikirannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata-kata, berbaris pendek dan pada beberapa karyanya terlihat ‘bentuk-bebas’ yang menekankan kesan visual. Penekanan kesan visual ini hasil kemungkinan bentuk daripada `puisi konkrit’ Eropah, ‘canggahan kata’ pepatah Minang dan seterusnya daripada `sketsa budaya’ yang memang menjadi sebahagian daripada kehidupan seni kreatif Latiff sendiri.

Walaupun Latiff berhasil menggunakan bentuk bebas secara matang, tetapi puisinya tetap merupakan pengucapan jiwa manusia Timur yang masih erat dengan kekayaan dan keindahan alam sekitar. Meskipun melalui kata-kata, Latiff tidak menyatakan secara jelas pemberontakannya terhadap hal-hal yang lazim dan mundur, tetapi daripada cara dan gaya berpuisi beliau sebenarnya telah pun menyatakan sikap dan pendiriannya yang tersendiri itu.

pembicaraan tentang Latiff ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh secara umum penglibatan Latiff dalam dunia seni lukis kerana bidang ini juga adalah sebahagian daripada kehidupannya. Latiff pernah menyebut bahawa: “Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya”.

Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Sebagai pelukis. Latiff pernah dianggap pelukis abstrak Malaysia yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat seperti mana yang terlihat dalam siri “Pago-Pago”nya.

Seperti juga dalam puisinya, pencarian Latiff terhadap `daerah tempatan’ menariknya ke arah alam dan kita dapati baik sebagai pelukis ataupun penyair, beliau adalah seniman yang cukup mesra dengan lingkungan semula jadinya.

Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan. Melalui siri-siri ciptaannya, “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini.

Selain kegiatan mencipta puisi dan lukisan, Latiff pernah menjadi pemimpin tidak rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan “Anak Alam” di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Selepas berumah tangga, Latiff telah diberikan penghargaan sebagai Fellow Kreatif dan Seniman Tamu, masing-masing di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1977 – 1979) dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1980).

Latiff pernah memenangi berbagai-bagai hadiah utama sastera, terutama Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau memenangi Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih mewakili Malaysia menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok. Mulai tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penghormatan kepada beliau menjadi penulis tamu dan untuk mengisi projek sebagai penulis tamu, Latiff telah menumpukan tenaganya kepada penulisan kembali pengalaman dan proses penciptaan seninya.

1.1.1 Ekspresi

Latiff Mohidin boleh dianggap sebagai satu fenomena kepada orang yang amat menggemari bidang seni seperti lukisan, sajak, alam semula jadi, dan kerohanian. Pastinya ia memberi keuntungan kepada pengumpul koleksi seni.

Kepada ramai warganegara, khususnya warga terdahulu yang berpengalaman dalam mencari pelukis yang dapat menjadi identiti kepada bangsa dan negara satu ketika dulu sejurus selepas negara mencapai kemerdekaan sekitar 1960-an, seorang penggiat veteren seperti Latiff Mohidin yang kini berumur 66 tahun merupakan jelmaan kepada susah payah dan pahit getir dan kemenangan mereka.

Merujuk kepada perkembangan seni moden kebelakangan ini dan perbatasannya yang mempunyai daya ketahanan dalam sejarah kolonial, Latiff telah menjadi pengguat penting dalam pertukaran budaya seni Malaysia dengan ekspresionisme Jerman. Beliau kembali ke Tanah air dari pengajian seni tampak di Berlin's Hochshule fur Bildence Kunste dan mencipta catan dan sajak yang memunyai unsur ketimuran iaitu asian tenggara sebagai subjek matter, motif dan skema warna.

Sebaliknya, dalam aliran Realisme yang gaya telah diilhamkan sejak sebelum dan awal pemerintahan kolonial. Latiff pula telah memplopori gaya dan aliran ekspresionis. Pengaruh seperti jaluran rumput dan warna-warna tanah telah ditonjolkan. Ketika ramai pelukis menghasilkan karya berdasarkan motif bungaan dan subjek yang mudah untuk dijial, Latiff debgan beraninya telah mengambil risiko menghasilkan identiti sendiri menggunakan lukisan berispirasikan hutan belantara yang asing dan motif organik yang digunakan oleh orang asli seperti Mah Meri dan Jah Hut.

“Dalam konteks kepenyairan, hubungan antara alam dan kemanusiaan yang diungkapkan dalam puisi-puisinya menjadi inti kekuatan Abdul Latiff. Hubungan akrab tersebut boleh dilihat daripada satu perspektif yang lain iaitu pencinta alam.

“Memang seorang penyair yang menggunakan unsur alam belum tentu pencinta alam jika unsur-unsur itu sekadar simbol. Namun Latif bukan sahaja menggunakan unsur itu tetapi juga mencintainya,” kata beliau.

kecintaan Abdul Latiff terhadap alam dalam karya-karya seninya dapat dihuraikan berdasarkan kritikan eko (ecocritisme), aliran yang berkembang sejak pertengahan 1990-an.kritikan eko sebagai medium untuk mengkaji hubungan antara sastera dan persekitaran fizikal. Hubungan itu lebih daripada penggunaan unsur-unsur alam sebagai simbol tetapi juga melihat persekitaran fizikal dan budaya.

Sama seperti teori-teori kritikan sastera, kritikan eko juga mempunyai prisip-prinsip yang dibangunkan di atas aspek ekologi, etika, bahasa dan kritikan.Salah satu cabang ekologi ialah ekologi manusia yang meneliti ekosistem. Misalnya impak daripada pembangunan yang tidak terkawal seperti banjir kilat dan hakisan tanah.

Persoalan-persoalan persekitaran dan kemusnahannya digambarkan dalam banyak puisi Abdul Latiff seperti Sungai Kelang, Tiada Daun Yang Gugur, Lalang Terbakar dan Pohon Cemara.

Melalui puisi-puisi tersebut, Abdul Latiff menyuarakan kebimbangan dan kekecewaan terhadap kemusnahan ekosistem oleh kerakusan manusia mengejar pembangunan.

Dalam pada itu, bahasa dan kritikan juga merupakan dua daripada prinsip kritikan eko. Ia digunakan sebagai alat untuk mengungkap kehidupan manusia.

Dalam konteks kritikan eko ia berhubung dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan ekologi dan etika ekologikal.Persoalan-persoalan inilah yang diungkap dan digarap dalam kebanyakan karya-karya verbal dan visual Abdul Latiff sejak 1963 hingga ke hari ini.

Di sisi lain, selain elemen alam, unsur-unsur romantisme tetap mendapat tempat dalam aspek kepenyairan beliau. Ia membicarakan kecintaan terhadap seseorang.

Di sisi lain, karya-karya romantisme Abdul Latiff seolah-olah membawa pembaca kepada karya penyair Perancis abad ke-19, Charles Baudelaire. Baudelaire tidak hanya dikenali sebagai penyair yang menganut aliran romantisme, tetapi juga penyair klasik dan sebagai seorang pencetus puisi-puisi moden Eropah.

Romantisme Baudelaire dapat dilihat bagaimana dia menggunakan bahasa dan memilih kata-kata dalam karya-karyanya. Tetapi jika dilihat dari bentuk puisinya, dia masih menggunakan model klasik, iaitu dengan rima yang teratur.

Sementara itu, dalam bidang catan, bentuk-bentuk ekspresionis, simbolisme dan pelukis alam tercerna dengan baik dalam karya-karya Abdul Latiff.

Dunia catan beliau sentiasa bergerak dalam garis dan warna. Ia merupakan gabungan antara elemen-elemen visual dan verbal yang berjaya menonjolkan gestural dan tekstural yang memukau.

Abdul Latiff merupakan seorang yang autentik dalam pengucapan seni tampak dan verbal. Kedua-duanya hasil daripada bakat semulajadi dan latihan serta pengembaraan luas ke segenap pelosok Eropah.

Jika meminjam istilah estetik pemikir realisme, N.G Cernisevski, karya-karya Latiff sepenuhnya mempersaingkan seni dan realiti dalam persepsi tersendiri, berbeza dengan penyair-penyair sezamannya.

Ini kerana pada era tersebut, kebanyakan penyair (selepas Peristiwa 13 Mei) dibebani dengan tanggungjawab sosial dan sejarah, selain mengisi pembangunan negara.

Dalam persekitaran intelektual dan sosial tersebut, Latiff muncul dengan pengembaraan kesenian yang kelihatan sangat peribadi. Dia menggambarkan pelbagai kemungkinan seni, pengolahan bahasa dan pengucapan estetik; dan pencarian dalam diri seolah-olah terpisah daripada kehebohan tema zamannya.


Hasil Karya ~ seni tampak

'Pago-Pago' (1964),

Latiff Mohidin, oil on canvas


Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya sebagai penggiat seni lukisan ekspresionisme. Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini adalah lukisan Ia mengwujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat. menjaga dan menghargai alam sekitar. Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni, Latiff banyak menggunakan unsur seni seperti garisan, dan rupa. Jika diperhatikan, catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu berdasarkan garisan iaitu, garisan bergerigi bermakna kesakitan, garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir, garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut memberi gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan dan mengwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik.